Halaman

Sabtu, 10 November 2012

Samak?

Aku masih terbayang huyung hayang anjing yang berlari ke arah hutan. Kuat juga bunyi hentakan kepalanya ke sisi bumper Kancil aku.

Segera aku membrek kereta ke bahu jalan. Keluar dan meninjau-ninjau kelibat dia yang berlari ke arah belukar kebun getah. Tidak kelihatan. CT dan Ema keluar dari kereta Suria lagi sambil membelek bahagian hadapan  Kancil yang lain.

" Kesian anjing tu! "

" Biaq pi lah, ayah. Apa yang kita boleh buat pun kalau kita nampak dia. " balas Ema yang memang membahasakan aku 'ayah' sepertimana anak saudaraku yang lain juga.

Kemek bumper itu memang kemudiannya mengganggu pusingan tayar ketika membelok ke kiri. Namun dalam hujan lebat untuk balik ke Penang setelah  menghadiri walimatulurus anak saudara ibu_suri di Taman Sri Kampar, Perak kemudian singgah ke rumah pusaka abah ibu_suri di Batu 3, Jalan Pahang itu apa sangat yang boleh diperbetulkan.

tak berpeluang singgah sini
" Tak ada apa aihh.... Nantilah abang rujuk kat Perodua nanti. " ujarku pada ibu_suri yang sudah mula ngelabah dan risau tak menentu. 

Aku memang dah nampak anjing itu melintas jalan di depanku. Sepatutnya aku memperlahankan kereta dan menjangka kemungkinan anjing itu berpatah balik adalah besar. Tapi disebabkan ralit melayan talipon di telinga kiri makanya fokus aku ke jalan raya terganggu. Sudahnya.....

GANGGGG..... tidak sempat menyetopkan kereta lalu ... grrrroong... seperti anjing itu berada di bawah lantai kereta aku dan .... kenggg...kenggg... bunyinya sambil berlari mendaki bukit dan hilang di dalam belukar kebun getah.

" Abang, kena samaklah kereta ni balik nanti ya? ". Hmmmm.... Ya tak ya...... Aku tak pasti!

8 ulasan:

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

'Aku tak pasti'. Saya pun dlm dilema sedemikian. Inilah masalah kita dengan haiwan itu. Kalau haiwan itu cedera di hadapan kita, bagaimana? Tolong ke biarkan?

Tapi, untuk menyenangkan hati,elok samak seadanya.

Norhaizan hakim berkata...

Wah..kalau kemek keta tu memamg cedera teruk jugak kut anjing tu!
Kalau tak pasti tak ada rugi apa pun kalau tempat tu disamak kan?

Azian Elias berkata...

sama gak kalau tyre kete kena najis anjing tu.. cam ne?

Ibu n Abah berkata...

payah juga nak tahu kena samak ke tidak kan?
kena tanya ustaz ni...

Anonymous one berkata...

Pendapat AO, xyah samak tapi untuk rujukan kepastian boleh rujuk dr ustaz2 lain.

sedapnya mee rebus!

NoorVictory berkata...

Dapat bayangkan macamana anjing tu berbunyi keng keng keng sambil lari masuk hutan. Huhuhu~ kalau dia sakit mudahan dia mati cepat dari kena infection. :(

Jay Ar berkata...

Anjing oh anjing....

Munnafendy berkata...

kesian anjing tu...


*xpe lain kali datang boleh singgah pekena mi rebus :)