Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

All United For GAZA

Tiada daya tumpuan untuk menulis. Ragam ibu_suri yang berbagai buat aku sekadar membaca dan berbuat sesuatu yang lebih bersifat teknikal.

Aku muatturun gambar-gambar semasa konvoi GAZA ke Padang Kota Lama yang mula di muatnaik ke FaceBook oleh rakan-rakan seperjuangan. Aku tidak ada kamera. Jadi, aku tidak mengambil apa-apa  gambar pun di sana.

Aku kongsikan di sini antaranya untuk renungan dan motivasi bersama. Kalian tentu boleh agak yang mana satu gambar aku - lelaki retro ini, kan?

Flagoff di rumah blogger JH, Taman Guar Perahu 
(belakang rumah aku je...)
Masjid Permatang Janggus - menerima sumbangan
Surau Ara Rendang, Permatang Pasir
Surau Taman Sutera Prima, Seberang Jaya
Masjid cerok Tok Kun, Bukit Mertajam
Penyerahan mok-up kutipan dari IKRAM Seberang Perai Tengah
kepada wakil AQSA SYARIF
Pentomen gambaran suasana di GAZA
Bacaan sajak oleh Nurul Iman. Kelihatan Afdllin Shauki (kanan)

Aku tidak mengikuti program ini hingga tamat (jam 9 malam) kerana menguruskan ibu_suri yang perlu ke bilik air dan seterusnya mengambil keputusan untuk terus balik kampung - ziarah mak apabila terasa terlalu tidak selesa dek hujan dan kepayahan melayan kerenah ibu_suri!

10 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Hargailah kehadiran ibu suri itu kerana tanpanya pasti IM rasa sesuatu yang kurang, kan? :)

Norhaizan hakim berkata...

Setuju dengan kakcik...

Ibu n Abah berkata...

ALHAMDULILLAH...
kelihatan di sana dan di sini banyak ditubuhkan tabung untuk membantu GAZA..
Semuga GAZA bebas dari kezaliman Israel..

abu muaz berkata...

alhamdulillah teruskan jihad .

insan marhaen berkata...

kakcik,
memang benar sekali. IM cuma ada ibu_suri sahaja sebagai teman hidup. anak-anak semuanya dah ada petak kehidupan sendiri mereka.

NH,
sama-sama kita menjaga pasangan hidup masing-masing.

ibu n abah,
keprihatinan kita terhadap Ghazzah - bumi para anbiya itu sepatutnya berterusan...

abu muadz,
sesama kita memainkn peranan kita untuk islam di sudut kepakaran dan minat masing-masing.

Jay Ar berkata...

Teringat sejarah Gaza..Selepas Hamas memenangi pilihanraya Palestin pd Jun 2007, pemimpin Hamas Ismail Hanayeh dipilih sbg PM Palestin, tapi dunia termasuk Malaysia tak mengiktirafnya. Akhirnya beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas yg turut membubarkan kabinet Hamas yg menang pilihanraya Palestin. Akhirnya pengikut parti Hamas yg diketuai Ismael terpaksa melarikan diri ke Gaza kerana PLO di bawah Abbas enggan menyerah kuasa kpd Hamas. Kesian Hamas, ia bukan saja dimusuhi oleh org Yahudi tapi juga Mahmud Abbas dan kerajaan Malaysia sendiri ketika itu...

Aida Ali berkata...

Selamat berjihad dengan cara kita sendiri..

makchaq berkata...

Tak tulis pun ok, gambaq pun boleh bercerita..

ANIM berkata...

melayan ibu_suri dan menjengok ibu di kampung...dua2 ganjaran besar buat IM..

insan marhaen berkata...

JR,
Kuat ingatan dan pengetahuan tuan akan sejarah Hamas/Palestin.

IM dapat tahu, kalau nak lihat akhlak manusia yang paling hebat, pergilah menemuinya di Ghazzah.

aida ali,
ya.. measing punya tanggungjawap dan kemampuan tersendiri. paling tidak jihad kita ialah..doa!

mak chaq,
'picture tells thousand things'!

aanim,
Allah meletakkan wanita dtahap paling tinggi. salah satu diantara pandangan yang paling mulia selepas memandang kaabah ialah memandang wajah ibu!