Ahad, 23 Disember 2012

Beauty Umaira

pautan

Balik kampung tadi ziarah mak. Mak seperti biasa, tenang saja menghadapi hari-hari payahnya di penghujug hidup. Kesaorangan mengisi hari-hari sepi.

Tak sangka rupanya akhir-akhir ini mak mula mengamalkan meminum Beuty Umaira. Aku pun baru saja terbaca tentang ia di akhbar beberapa hari lalu.

"Produk ni untuk orang muda aje mak.." usikku.

"Ala.. abang ni!" tepis ibu-suri pula.

Aku memang sedang mencari kaedah sesuai untuk mengatasi masalah kompikasi kesihatan ibu_suri. Obes, hipertensi, diabetis bercampurbaur dengan mood di ordernya memang sukar nak diurus jika tidak disulami dengan sabar, banyak berlapang dada dan mengkesampingkan kepentingan diri sendiri.

Aku cubakan sepeket untuk ibu_suri. Seperti biasa sebelum ibu_suri mencuba sesuatu yang baru, aku akan cuba meminumnya dulu. Rasanya ok. Perisa oren.

Menurut kata ibu_suri, impian mak jika boleh kembali berjalan semula, mak berhajat untuk membuat umrah pula!

Dalam perjalanan balik ke Penang, bukan main lagi ibu_suri merayu aku untuk membelinya. Aduh... bukan apa. Harganya tu, sayang oooiiii.....!


10 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Semoga diberikan Allah kesihatan yg baik dak ketenangan hati.

citarasa rinduan berkata...

thn lps ayu try...
mmg sgt mahal.. klu u ksihatan okey jer...

tapi serius ayu xmampu..
klu kolagen y ayu ambil hny rm25

Norhaizan hakim berkata...

Banyak juga testimoni yg saya dengar tentang produk ni..kalau gaji en suami 10k mungkin saya pun nak...harganya haish!!

insan marhaen berkata...

kunang-kunang,
Mudah-mudahan. Terima kasih atas doa.

CR,
IM pun fikir begitu juga. RM200 untuk sebulan..huu...

NH,
Kalau NH pun berasa begitu, IM lagi la...

Mak IM mampu beli sebab pencen abah pun tak habis makan untuk dia sorang. Tapi tak kata juga, orang yang sakit akan merasakan duit seperti tidak bermakna berbanding pemulihan kesihatan diri.

faizah berkata...

Mdh2an.. berkesan unt mak IM.

Produk tu mmg mahal. Sekurang2nya kena try 3 kotak unt lihat kesan.. kata Kak Ton (pengasas produk Umaira/Umar) yg masih cun walau dah umur 50an.
Kalau tak salah saya la... :)

TUN TIJAH berkata...

Saya pulak tak berani nak ambil apa2 supplement macam itu walaupun kadang-kadang teringin juga.
Mungkin sebab memikirkan kosnya. Saya ni dah pencen pun masih kena tanggung di swift tuh....huhu.

Ibu n Abah berkata...

IM..
Semuga ibu IM diberikan kesihatan ygbaik untuk menunaikan umrah nanti...

Jay Ar berkata...

Iklan mengenai ubat Umairah dan Umar hampir setiap hari keluar di rancangan TV3 'Wanita Hari Ini' jam 12 tengahari. Bosnya Kak Ton selalu beritau belum cuba belum tau ubatnya yg harga beratus2, malah tak silap sampai dekat RM1,000 jika dibeli dlm pakej..Itu yg tak tahan tu...bagi JR lebih suka ke hospital kerajaan, percuma aje....

ANIM berkata...

Setiap kali produk baru keluar IM, berpusu2 orang membelinya. Biasalah tu..Saya ni pulak jenis susah nak terpengaruh.. Bagi saya, biarlah yg bercakap tu berdasarkan kepakaran dalam bidang masing2. Contoh kereta, si mekanik..ubat, si doktor..sekolah, si guru. Walllahua'alam

insan marhaen berkata...

faizah,
IM tak tahu pun pasal produk ini sebelum ini. Ada banyak di pasaran rasanya semua sama je akhirannya.

tun tijah,
tu la... produk ni kena makan selalu baru ada kesan. selalu kalau kosnya rendah takpa gak..

ibu n abah,
mudah-mudahan doa itu termaqbul. Amin!

jay ar,
ubat sebenarnya tidak bagus sebab ianya drug. produk ini adalah dalam bentuk makanan seharian kita juga cuma ianya disediakan dengan formula tertentu.

Anim,
IM juga sukar terpenharuh dengan asakan iklan produk. Beauty Umaira ni pun rasanya IM tak beli. Cari yang lebih murah.. bukannya takada!