Khamis, 20 Disember 2012

Bukalah Pintu Hati

Di Pasar Malam Seberang Jaya pada 19/12/12

Aku singgah makan di Restoran Maqbul, Seberang Jaya seusai program kutipan sumbangan GAZA di pasar malam Desa Murni. Itu kutipan terakhir sebelum kemuncaknya di Padang Kota Lama bersama Afdlin Shauki.

Aku pesan roti bakar bersama Penang White Coffee sementara ibu_suri teringin nak makan sup. Sewaktu membayar bil di kaunter, aku disapa oleh seorang gadis yang aku yakin adalah promoter syarikat rokok berkenaan.

"Encik hisap rokok?"

"Tak!" jawapku pendek sambil meletakkan keping-keping wang kertas ke atas meja kaunter.

Setelah mendapatkan bil, aku mengalih pandangan kepada gadis itu dan berkata.;

"Saya tak hisap rokok. Merokok adalah haram!" sambil berlalu tanpa menoleh lagi.

Aku tak biasa berbuat begitu tetapi di dalam hati yang membuak rasa marah melihatkan gadis Melayu kita dengan pakaian yang 'boleh tahan' seperti menggalakkan orang menghisap rokok - sesuatu yang jelas difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ( sini ) membuat aku bertindak spontan

Sebaik berada di dalam kereta, aku segera teringat Angah, Akmal dan adikku Mamat; juga penghisap rokok yang tegar. Aku dah nasihati mereka malah berkali-kali. Selebihnya, hanya Allah saja yang mampu membuka pintu hati mereka!


9 ulasan:

Jay Ar berkata...

Pak imam di surau kawasan komuniti JR, tok siak dan sebahagian jemaah surau juga merupakan penghisap rokok tegar. Lepas solat jemaah mereka bersidai di pangkin luar surau membincangkan isu semasa sambil pekena rokok daun walau beberapa hari lepas ustaz mengulangi fatwa 'rokok haram di sisi Islam'. Kdg2 sambil berseloroh JR peringatkan fatwa tu tapi mereka gelak saja...

❤Kamsiah❤ berkata...

lemassss....rimasss...dgn asap rokok...

Mario berkata...

oo..cerita pasal rokok...baguslah bro tak hisap...

Ibu n Abah berkata...

Jika nak cari rezeki carilah kerja yg halal kan?
Kesian sbb carik rezeki cara tu...

Ibu n Abah berkata...

Jika nak cari rezeki carilah kerja yg halal kan?
Kesian sbb carik rezeki cara tu...

Cik Wawa berkata...

skrg ni susah nak tengok lelaki y tak merokok... u_u

ANIM berkata...

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau ada niat, ada azam...takde masalah.

Anonymous one berkata...

hurmm...

abu muaz berkata...

susah benar mencari anak lelaki yang tak merokok sekarang