Halaman

Rabu, 5 Disember 2012

Foto Klasik

Aku terasa beruntung kerana berkesempatan memiliki foto-foto ini yang aku anggap klasik. Teknik super impose zaman Sains dan Teknologi ini sesekali bila menatapnya buat aku senyum sendirian. Foto ini diambil oleh jurufoto swasta yang memang sedia ada di sana.

bersama kawan praktikal USM


bersama adik yang datang ziarah

Keretapi yang aku naik ke Bukit Bendera adalah keretapi warna merah yang juga klasik dan mendamaikan.

Waktu ini  aku baru saja bekerja di Pulau Pinang dan masih belum ramai kawan apatah lagi girlfriend.

Baru merasa membeli kemeja T logo Schwarzenbach dengan gaji sendiri. 

9 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM,agaknya berapa umur IM masa tu hehe

Ibu n Abah berkata...

Hehehehehe
Gambar lama... Zaman akak juga. Cuma tak pernah buat kat studio super impose cenggitu....
(nyesal kan?)

Norhaizan hakim berkata...

klasik betul foto tu...menatap foto2 lama memang boleh membuat kita tersenyum dan merasakan betapa cepatnya masa berlalu...

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Masa tu umur baru 23. Saiz pinggang pun lebih kurang umur IM juga.

Ibu n Abah,
Foto ni diambil oleh jurukamera bangsa Cina. Bayar dulu dan bila siap dia akan pos ke rumah kemudian.

Norhaizan hakim,
Memang terasa amat cepat masa berlalu dan terasa rugi sayu kerana kehilangan waktu yang manis itu.

Jay Ar berkata...

Begitulah bila gambar bercerita bersama sebuah kenangan lalu yg kini cuma tinggal sejarah...

faizah berkata...

Perasaan bercampur2 bila tgk gambar2 lama.. Ada sikit sayu, mengenangkan masa2 yang telah ditinggalkan. Dan teringat pula masa yang berbaki ni.. berapa byk agaknya yang tinggal lagi...

a.samad jaafar berkata...

memang klasik..

waktu saya belajar dulu..saya menyertai sebuah band.. lagu ini mengingatkan saya tentang seorang sahabat.. dia pernah menyanyikan lagu ini.. kini dia tiada lagi.. Allah lebih menyanyanginya..

HafRizah@Dátiles.Dulces berkata...

wahhh.. zaman 1983?... saya lahir 1986.. zaman tu pon dh ade superimpose ye... kagumnye... hehee.. nice foto la

insan marhaen berkata...

Jay Ar,
Bagusnya dulu kerana gambar kita dalam bentuk buku. Senang di buka bila ingin menatapnya.

Faizah,
Kerana itu kita perlu memulakan sekarang kerana masa semakin suntuk.

a samad jaafar,
Lagu apa tu ya? apapun, kita pasti akan menyusulinya. Syukurlah kerana kita masih berkesempatan mencari bekalan.

Hafrizah,
Wah... seumur dengan anak IM yang sulong.