Sabtu, 1 Disember 2012

Gelama Masin


Tak dapat aku pergi riadah hari ini. Malas aku nak 'bertekak' dengan ibu_suri yang mahu aku duduk saja di rumah. Mulanya aku nak tidur saja hingga tengahari tanda protes. Tapi bila difikir balik, buat apa bersikap macam budak-budak. Lebih elok kalau aku mengambil sikap berlapang dada. Lagipun aku memang tak biasa tidur meninggi hari.

Lantas aku pergi mandi dan dirikan Dhuha. Aku sediakan sebaik-baiknya makan pagi dan ubat untuk ibu_suri.

"Hari ini kita makan ikan gelama masin, nak? Kita beli gulai dan sayur saja sekejap lagi."

Memang dah berkali-kali ibu_suri menyuarakan keinginanya makan goreng ikan masin. Cuma aku saja yang melengahkan sebab nak jaga kesihatan dia sendiri. 

Aku selalu kena gerutu dan kekadang terpacul perkataan 'kedekut' dari mulut ibu_suri bilamana aku melarang atau enggan membelikan makanan atau minuman tertentu demi menjaga kesihatannya. Aku terima saja dengan terbuka getusnya itu. Aku tahu, dia begitu adalah di luar dari kewarasannya yang separa normal. 

Terus terang aku katakan; bukan mudah menjaga insan yang mempunyai sejarah 'psikiatrik' ini. Alang-alang sabar boleh berantakan rumahtangga. Justeru itu janganlah pandang serong pada orang yang kita nampak seperti tidak siuman. Atau beriya mengganggu orang yang kuat latahnya. Itu giliran dia... giliran kita bukan mustahil akan tiba esok atau bila-bila pun! 

Untuk mengurangkan kemasinan ikan gelama itu, aku basuh seadanya. Tidak lupa untuk aku buang tahinya yang sepertimana kita tahu memang diperam bersekali oleh sipembuat.

10 ulasan:

citarasa rinduan berkata...

situasi y sama blaku pada diri ini..

kita serupa,.
sabar ya..

Amie berkata...

Oh... saya rasa insaf bila baca tentang 'sejarah' itu... iya benar,.... kita pun perlu beringat...

Anonymous one berkata...

IM sabar ya. ooooo gitu cara menikmati ikan gelama masam.

Jay Ar berkata...

JR juga suka gelama masam...aromanya memang menusuk hidung membuka ruang perut tiba2 jadi sangat lapar!! Kdg2 mkn gelama masin dgn pulut kelapa, memang boleh tambah dua pinggan punya..Cuma mkn gelama masin tak boleh terlalu diulangi nanti dpt penyakit lain pulak..

makchaq berkata...

Benda kalau tak boleh, itu yg kita teringin sangat...

Ajak la ibu_suri pi riadah sama...

insan marhaen berkata...

cr,
memang kena banyak sabar. saya doakan juga untuk cr.

amie,
tk kerana ziarah IM. beringat dan juga berusaha mengelakkannya dengan menjaga pemakanan dan berdoa.

ao,
gelama masin. kekadang kita terlupa bahawa memakan makanan yang terpalit dengan najis itu makruh.

jr,
makan dengan naasi kat kebun selepas penat bekerja memang menyelerakan.

makchaq,
selalu ajak dia pi sama tapi dia yang 'malas'.

Norhaizan hakim berkata...

Betul makchaq...saya pun dah lama tak pekena ikan gelama masam...huiiiii jgn sebuttt..meleleh ayaq liuq!
Tak pe lah IM...sekali-sekala...boleh kut..

faizah berkata...

Tahniah kerana IM berjaya menepis niat nak 'protes'... :)

a.samad jaafar berkata...

salam bang IM..
terkadang ulah ibu-suri mengundang senyum.. apalagi pilihannya.. bersabarlah.. sy mendoakan semoga ibu_suri segera sembuh seperti dulu..

izan mama mia berkata...

sk juga gelama masin