Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Hari-Hari Terakhir Aku Bersama JIM

Aku abadikan di sini gambar-gambar aku semasa menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas Jamaah Islah Malaysia yang di adakan di Darul Puteri, Cheras pada hari Sabtu 29 Disember 2012 lalu. 

Berbanding 22 tahun usia JIM (27/7/1990 ~ 29/12/2012), apalah
sangat dengan penghormatanku ini berbanding jasanya terhadap
 perjalanan hidupku!
Memang terasa amat sebak bila menyanyikan lagu JIM di saat terakhirnya
sebagai sebuah organisasi yang tulus dan teguh. 
Sebenarnya aku juga
sedang menahan airmata dari tertumpah ke pipi!
Sahabat baikku yang aku hargai kesetiaannya bersamaku dalam susah
 senang di jalan dakwah bersama JIM...
Memang aku sungguh-sungguh mengaminkan doa ini kerana amat
bersyukur dapat bertemu JIM yang akhirnya berjaya menemukan aku
dengan jalan dakwah seperti hari ini!
Lagu rasmi JIM

Lagu 'Jalan Dakwah'

Aku rasa cukup beruntung kerana dapat bersama-sama dengan sahabat seperjuangan menghormati hari-hari terakhir sebuah organisasi yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan dalam dakwah masyarakat.

Kini aku beraleh kepada IKRAM; medium perjuangan yang lebih besar dan segar. Walaupun aku masih ditahap 01 di segi pengkelasan tarbiyah namun bagi aku yang utama bukan ditahap mana tetapi sejauhmana aku dapat bersamanya di dalam arus perdana perjuangan. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk bersamanya!

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

IM, AO pun sayang perjuangan AO :)

ujang kutik berkata...

Dalam kesederhanaan sdr telah begitu jauh meninggalkan kami...

Syabas dan teruskan.

Jay Ar berkata...

Setiap insan yg ada kesedaran cuba berjuang dgn cara dan mediumnya yg tersendiri. Walaupun mungkin cara dan medium yg berbeda tapi matlamat tetap sama utk berpegang teguh kpd firman Yg Maha Esa..

Tahniah kpd IM..teruskan perjuangan dan jangan mundur walau setapak...

Anonymous berkata...

22 tahun JIM.. Berkubur pada nama, tidak pada perjuangan, insyaALLAH

insan marhaen berkata...

AO,
Kita berhak menyayangi aliran perjuangan kita selagimana ianya untuk kebaikan masyarakat dan di landasan di agama.

ujang kutik,
kita beramal dibidang kita masing-masing. IM cuma ikut-ikut saja, tak hebat tara mana..

jay ar,
insyaAllah.. IM akan terusberjalan.Berhenti sekejap pun mungkin kerana meneguk sedikit kerihatan.

Tanp nama,
perjuangan tetap diteruskan. Terima kasih atas teguran membina tentang 22 tahun itu. Dah IM perbetulkan!

abuzorief berkata...

tukarlah apa nama platform sekalipon, tapi fikrah dan teras perjuangan nya tetap sama malah lebih baik dan ianya telah sebati dlm jiwa untuk terus melakukan perubahan... sehingga tahap ustaziatul 'alam