Selasa, 1 Januari 2013

Anak Melayu Kita

Ahad lepas, jiran buat majlis doa selamat sempena pernikahan anak perempuannya. Aku berseorangan pergi menunaikan jemputan sementara ibu_suri ditemani anak saudara.

Aku  makan di satu meja. Di sisiku seorang guru yang mengajar di SM High School, Bukit Mertajam.

"Heran juga sebab sekarang ini pelajar senang-senang dapat banyak A. Anak saudara saya dikampung dapat 6A. Macam tak percaya!" ujarku.

"Kementerian sebenarnya menurunkan geraf supaya anak Melayu kita ramai yang dapat keputusan bagus." jawapnya yang akan bersara awal pada 31 Disember ini.

"Kalau macam tu dimana letaknya kualiti pembelajaran anak-anak kita? Saya perasan sekolah seperti STAR, Izzudin Shah, St Michael, King George .... kini dah tak sehebat dulu. Malah sekolah saya dulu - Anderson juga dah tidak gah samada dalam pelajaran maupun dalam sukan. Dimana silapnya?"


Tambahan pula sekarang ini makin ramai pelajar yang menghidap sindom LD (masaalah pembelajaran). Akhmal adalah salah satu contohnya. Sedangkan aku tidak nampak komitmen kerajaan dalam mengatasi masaalah ini.

Sejak dari akhmal di tahun 5 hingga usianya mencecah 20 tahun kini, aku sebagai orang awam tidak nampak!

11 ulasan:

Anonymous one berkata...

Tapi IM, AO ada baca ramai ustaz-ustaz yang sekarang ni cuba mengubah sistem pembelajaran anak-anak kita..mereka mengubahnya lebih kepada nilai diri dan bukan hanya menghafal pelajaran semata-mata seperti sistem terkini..yang hanya mengukur berapa banyak A. Kalau kita lihat anak-anak muda dan pelajar sekrang tak aktif sukan, tidak bedikari dan macam-macam lagi. Wallahualam.

moga di permudahkan usaha ustaz2 itu dan para guru yang cuba mengubah sistem pendidikan kita sekarang amin

Kunang-Kunang berkata...

Saya tak berani nak kata Kerajaan turunkan graf kerana apa yg saya nampak budak2 yg berjaya tu mereka memang cerdek. Saya perhatikan anak2 disekeliling saya seperti anak saudara saya dan anak jiran. mereka semua pandai2.

Ini adalah hasil dari susah payah dan usaha gigih ibubapa dan guru2. Ibubapa sekarang banyak tumpukan masa dan wang demi kejayaan anak2. cuma apa yg saya perhatikan ialah ada sesetengah pelajar terutama pelajar dari kampong yg pencapaian akademiknya cemerlang tapi dari segi sosial kurang. Belajar pandai tapi tak berapa pandai berkawan dan susah sesuaikan diri bila jauh dari ibubapa.




❤Kamsiah❤ berkata...

ehh..pengakuan guru sendiri ke ttg penurunan graf tu..??

akaknroosni berkata...

salam.
jgn menulis bila tiada fakta.kesian anak2 melayu yang dpt straight A,anak saya yang bongsu tergolong dikalangan anak2 yang sederhana..ada masa keputusannya teruk sangat tapi saya tak pernah salahkan kerjaan..hanya suruh dia berusaha dan saya yakin jika anak tak pandai akedemik byk lgi jln yang kerajaan bagi untuk meningkatkan taraf pembelajaran dan ekonomi mereka..kita sebagai ibubapa hanya memberi dorongan dan tak lupa beroda

insan marhaen berkata...

AO,
isu sistem pendidikan lebih kepada pemburuan A berbanding siasah dan ilmuan sudah menjadi polimik sejak lama.

kunang-kunang,
Sistem pembelajaran yang terlalu mementingkan dunia menyebabkan ramai anak kita tidak ada daya ketahan diri. Akhirnya ramai yang terjebak dengan masaalah sosial.

IM berkecimpung dalam NGO biro remaja banyak melihat kepincangan ini.

Kamsiah,
IM memang dah ada dengar kenyataan ini sejak anak-anak IM sekolah lagi terutama semasa sistem BI dalam Maths dan BI lagi.

Pengakuan terbaru memang dari guru yang sudah bertugas 33 tahun.

akaknroosni,
Fakta saya seperti yang dinyatakan di atas.

2 Anak IM juga mempunyai pencapaian yang sederhana dan IM bersyukur di atas itu. yang sulong IM pindahkan ke sekolah Islah (agama+akedamik. yang ke 2 memang sekolah biasa sepenuhnya. Memang ada beza perwatakan mereka.

Anak yang ke 3 terpaksa hantar ke sekolah pendidikan khas yang tidak khas. Akhirnya, dia terbiar kerana sistem pembelajaran yang tidak sesuai dengan masaalah LDnya itu.

Menteri Pelajaran ketika itu ada kata nak buat satu sekolah khas untuk golongan seperti dia tapi dah 10 tahun berlalu masih tak ada apa-apa berita!

Jay Ar berkata...

Memang diakui anak2 sekarang lebih cerdik drpd ibu bapa di zaman dulu. JR tengok anak2 JR sendiri lebih pintar dari JR semasa seusia dgn mereka dulu. Cuma yg kasihannya ialah anak2 sekarang sangat tertekan dgn sistem pendidikan yg terlalu mementingkan huruf dan angka (5A, 8A, 10A..). Bayangkan budak darjah 6 tidur pukul 2 pagi utk habiskan homework kemudian esoknya bangun jam 5.30 pagi, sedangkan cikgu kata utk sihat perlu tidur 8 jam...Memang mereka cerdik, tapi bila usia 30 tahun dah dpt pelbagai penyakit kronik krn gaya hidup sejak kecil yg tak mengizinkan utk mereka menjadi org sihat....

Anonymous berkata...

Saya tidak mahu mempertikaikan tentang pendidikan anak normal tapi mahu pertikaikan pendidikan anak kurang upsya terutama yang autistik. Anak anak inilsh yang dilihat tiada kemudahan pendidikan di luar bandar. Di bandar pula pihak swasta pula terlalu mahal. Kesudahannya anak ini terbiar di rumah.

Bearcat berkata...

Saya rasa betul cakap cikgu tu. Sapa pernah jadi cikgu pasti tahu.

insan marhaen berkata...

JR,
Pada IM sistem pembelajaran kita hanya mementingkan akal tetapi tidak roh.

anak IM semasa belajar di sekolah agama terpaksa belajar 13 subjek tetapi sembahyang, qiamullail dan usrah tidak dilupakan.

Tanpa Nama,
IM pun sedih bila bincang bab ini. Anak IM terpaksa di rujuk pada NGO yang membuka kelas khas untuk murid Disleksia. Tapi mana IM mampu nak ulang saban hari dari Penang ke Taman Titiwangsa demi menghantar anak. Nak pinsah ke sana pun tak relevan rasanya.

Bearcat,
Ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tidak.

Macam kita juga....

NoorVictory berkata...

Jangan bagi muka sangat ke anak melayu kita. Kalau keluar dari kepompong nanti susah. Huhu

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

Salam IM,
Saya ni tak lah lama sangat mengajar, baru 20 plus plus tahun, maka tugas guru mengajar. tugas murid belajar. turun naik graf tu waullahualam...........
dah mengajar kepelbagaian anak didik...
Prasarana, persekitaran, latar budaya semua menyumbang A hingga gred tercorot.
Yang paling penting,...A kat Allah, hebat dunia hebat akhirat,.itulah A yang bermakna.