Halaman

Isnin, 28 Januari 2013

CATATAN 1 - A2G@Mydin

Dah beberapa hari tidak menjengah blog. Rasa seperti tidak lengkap hidup sehari tanpa menulis sesuatu. Memang rindu!

Satunya - bila saja Along balik bercuti; ada saja ngomelan aku terhadap laptop kesayangan aku ini. Lembablah. Tak boleh nak convert video menjadi mp3 lah. Jadi, tak tidur malamlah kawan tu memomen laptop ayahnya ini.

Keduanya - seperti selalu di hujung minggu. Pagi 7.45, aku akan ke Tasik Mengkuang untuk riadah. Hampir tengahari baru aku balik rumah setelah beli akhbar, cuci serta periksa keadaan kereta dan beli lauk untuk makan tengahari.

Ketiganya - 2 hari ini aku ada tugasan besar bersama rakan-rakan IKRAM di Mydin, Bukit Jambul, Penang. Kami diberi peluang oleh pihak pengurusan Mydin supaya memanafaatkan foyer untuk mempromosikan kesedaran masyarakat terhadap isu sejagat - PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN. Kami adakan jualan produk AQSA SYARIF, bacaan sajak, melukis, nasyid, Talk Show, kuiz dan pengedaran flyers. Kami namakan progrm 2 hari dari 3 hingga 6 petang ini sebagai AQSA2GAZA@Mydin

Gambar  aku semasa di sana tak banyak ada. Memang tak suka bergambar. Aku sedar, aku ni tak cukup kacak untuk beraksi!



Bersama pengarah program Roesli (kiri) dan Rusli (kanan)













Bersama Tarmizi -Timbalan Pengarah program


Gambar-gambar lain boleh lihat di facebook IKRAM Seberang Perai Tengah di sini dan di sini.

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

hensem dah tu IM.

saya kdg2 rasa nk berhenti menulis tapi.... di situlah tempat meluah rasa...

kembali juga ke situ bila tidak ada insan untuk mendengar tangisan.

TUN TIJAH berkata...

Gambar menceritakan pelbagai kenangan. Tak balik Ipoh ke cuti ni.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam,

Sticker Palestin untuk ditampal kat kereta ada jual tak ye.

insan marhaen berkata...

AO,
Menulis memang sebahagian dari cara mengurangkan tekanan. Itu kata pakar psikologi yang pernah IM baca.

Tun Tijah,
IM akan balik Slim River 11hb ini insyaAllah, bersama seluruh keluarga.

Ros,
Pelekt Palestin ada banyak di jual. Perhatikan saja di pameran atau booth AQSA SYARIF di tempat anda.

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..saya perhatikan..di media2 massa..isu palestin dah agak 'sejuk' dah...
tabiat org kita...sekali Israel mengamuk sakan..ketika itulah kita memboikot sakan juga...
lps tu..lupa dan mcm takde apa ja..

Jay Ar berkata...

JR pernah berhenti menulis kira2 5 bulan, tapi mcm artis dan ahli politik juga, lepas bersara gila talak balik...

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Ibarat goreng pisang. Panasnya cuma sekejap.

Jay Ar,
He..He.. Gila talak utuk menulis takpa!