Halaman

Khamis, 3 Januari 2013

Pintu-Pintu Syurga

Memang aku akui, bukan calang-calang orang akan mampu menjaga isterinya yang bermasaalah seperti ibu-suri. 

Di hari aku diberitahu oleh doktor bahawa ibu_suri mengalami blood clot pada banyak saraf di otaknya, aku merasakan dunia ini persis kosong dan sunyi.  Hidup terasa hambar.

5 tahun aku puah-paih menjaga ibu_suri. Seperti merasakan bagai tidak ada orang lain yang lebih sengsara hidupnya kecuali aku. 

Namun hari ini aku perlahan-lahan menerima hakikat takdir yang menimpa diriku. Aku perlahan-lahan terasa beruntung kerana kesabaran dan tekad aku untuk menjaga ibu-suri, setia dan jujur terhadapnya bertahan hingga ke hari ini.

Lebih menyuntik semangat dan rasa syukur bila kebetulan membaca kisah Salim yang tinggal di Kota Almah (baca kisahnya di sini) dan Abil Fikri Ahmad yang tinggal di Negeri Sembilan (baca di sini). Masing-masing dengan setia menjaga isteri mereka yang lumpuh dengan baik.

Kalau nak dikira aku lebih bernasib baik kerana ibu_suri hanya lumpuh sebahagian daya ingatan dan respon kepada alam.

Syukurlah kepada Allah yang walaupun sesekali ibu_suri naik angin dan tinggi ragamnya; yang walaupun aku sesekali terasa amat jemu dan marah tak tertahan; aku masih juga bertahan dan insyaAllah terus bertahan hingga akhir hayat.

Tapi..eh!..eh!...Kalaulah seorang isteri iu jika setia kepada Tuhan dan kepada suaminya, akan memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang dia sukai, tiadakah peluang itu untuk aku, untuk Salim dan untuk abil?

8 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

In Shaa Allah niat dan perbuatan yg baik..baik juga balasannya..

Kakcik Nur berkata...

Allah tidak kejam kepada hambaNya. Buat baik itu, baik jugalah balasannya nanti. Itu janji Allah. :)

faizah berkata...

Isteri demam sehari dua pun ada suami yang dah muncung. :D Mdh2an Allah memberi sebaik2 balasan pada IM, Salim, Abil dan yang lain2..

Jay Ar berkata...

Manusia diuji Allah dgn pelbagai dugaan. Hanya mereka yg disayangiNya menerima ujianNya dan keluarga IM sungguh bertuah kerana memiliki seorang IM yg begitu tabah....

ANIM berkata...

IM, setiap perbuatan bergantung pada niat. Niatkan kerana Lillahi Taala, insya-Allah.

norh berkata...

doakan yang terbaik buat IM..

Rahime Che Yen berkata...

Ibu Suri pernah mengajar anakku Read Easy & Bacalah Anakku dan boleh membaca seusia 3 tahun dan sampai sekarang hobinya adalah membaca dan mengumpul buku-buku cerita..terima kasih Ibu Suri..
Anak murid Ibu Suri sekarang dah masuk Tingkatan 1..Nurhannah Rahime

Anonymous berkata...

jasa ibu suri dan jasa IM pasti ada ganjarannya.