Halaman

Khamis, 3 Januari 2013

Surau Taman Pelangi

Mulanya aku rasa amat berat untuk menerima ajakan beberapa kali oleh Ustaz Rozee ke halaqah mingguan grup Taman pelangi Juru. Kata Ust Rozee, mereka ni kebanyakan AJK surau. Mendengarkan itu segera aku merasakan diri aku kerdil.


Tapi dek kerana siqah dan sami'na yang tinggi terhadap jamaah aku langkahkan juga kaki ini dengan kepercayaan bahawa jika Allah izinkan, akan berjalan dengan baiklah semuanya itu nanti. Jika idak pun,aku terima saja.

Namun, bila dah tiba di sana kira-kira jam 9.30 malam, sangkaan aku tadi melest. AJK surau itu rupa seperti aku juga. Biasa-biasa saja. Mahu mencari ilmu untuk memperbaiki diri.

Satu yang istimewanya di surau ini ialah ramai orang Bangla datang berjamaah. Ada juga yang membuat kumpulan kecil mengajar atau tilawah Al Quran.

Surau ini juga rupanya surau yang dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat.

"Boleh dipanggil dengan nama surau jamek nih!" gurauku kepada pengerusinya sambil bersalaman sebelum melangkah balik ke rumah!

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

IM apa kaitan Linda & no hp tu dgn cerita ni hehe

pB berkata...

IM

selamat tahun baru

ANIM berkata...

Eloklah kalau surau di kwsn penduduk. Sedih tengok ada masjid bru bina duduk terpencil..jauh dari kawsan perumahan..

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Gambar tu IM salin dari blog orang lain. Dah tukar kepada gambar lain yang tiada kaitan dengan yang hidup maupun yang telah tiada.

TK atas teguran. Tajam mata ...

pB,
Pada pB juga. Bagaimana dengan tahun lepas?

insan marhaen berkata...

Anim,
Orang sekarang, masjid jauh sikit dah tak mahu pergi. manja!

Murni Alfathunnisa berkata...

surau taman pelangi boleh buat sembahyang jumaat..? hmm..mungkin jemaah ramai area tu..nak tampung pekerja2 kilang kat situ...alhamdulillah..