Agak mengejutkan juga bila tiba-tiba majikanku mengisytiharkan hari Isnin 6/5/13 sebagai hari cuti. Bagi aku, ianya satu pertanda baik.
Segera aku memanjangkan emel tersebut kepada beberapa orang kawan dengan kata-kata:
" Ha.. ha... Satu pertanda baik, bulan hampir kelihatan di Putra Jaya. Pastinya selepas ini aku akan merindui Bersih dan bas Jelajah Merdeka!"
Aku pun baru perasan yang esok adalah cuti hari Buruh. Ralit menyiapkan kerja-kerja untuk IQA odit 8hb ini buat aku tak perasan waktu begitu pantas berlalu mendekati Hari Mengundi.
Cepat-cepat aku semak lokaliti pengundian. Tiba-tiba pecah ketawaku bila terbaca - Saluran 2, SR Bayan Baru.
'Arghh.... Aku dah masuk dalam kategori saluran 2 rupanya...'
Lokaliti ibu_suri pula saluran 2 di SK Guar Perahu. Saluran 2 ini terletak di bawah berbanding tahun lalu dia terpaksa mendaki tangga untuk ke saluran 4.
Piliharaya 13 ini seolah-olah satu tazkirah pula pada aku supaya sedar akan kodinit aku sekarang!
9 ulasan:
Aminn.. mdh2an.
insyaallah BN akan menang..
Jika hantu, polong, pocong, pontianak dan zombie tak kacau undi kita dah boleh agak siapa menang INI KALI...
Hehee, betul tu bang. Ni jenis hantu yang tak lut dengan kalimah suci...
Tak usah buat fitnah...berdosa..
maaf..LAIN KALILAH!!!!
Assalamualaikum IM,
Selamat mengundi :-)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama1,
Sama-sama kita berusaha dan lihat hasilnya.
faizah,
Untuk memang itu susah. Tetapi untuk menjaga kemenangan itu lebih susah.
JR,
Usaha di tangan kita. Kejayaan, Allah tentukan.
smbotak,
Kita dah biasa dengan kekalahan. Ada kalanya kekalahan itu lebih baik dari menang yang sombong.
Tanpa nama2,
betul tu. buat fitnah adalah dosa besar.
Tanpa Nama3,
Masih dalam peringkat saringan. 3/5/13 nanti barulah final.
AZNI,
Waalaikum salam! Azni mengundi di mana?
Catat Ulasan