Hari ini aku memang betul-betul tidak ada form. Serba malas dan tak bersemangat. Aku pun tak tahu kenapa. Seperti tidak sabar menunggu umur 55 untuk bersara dan membuat kerja-kerja amal sahaja.
Mungkinkah ketumpulan mood ini disebabkan keletihan menjaga ibu_suri yang setiap ketika bergantung kepada aku? Atau kehambaran semangat ini kerana tekanan kerja yang berterusan sejak puluhan tahun dulu?
Atau mungkin juga kemandopan diri hari ini kerana amal ibadah yang stereotype tanpa ada penambahan kuantiti atau peningkatan kualiti?
Semalam aku beli sehelai baju semasa hadiri ceramah politik di Dataran Rakyat berhampiran Pusat ADUN Penanti. Kemeja yang dibuat dari kain pelikat itu berharga RM50 sepasang.
Kenapa aku membeli baju itu kononnya ialah mahu keluar dari kebiasaan hidup yang stereotype inilah. Ingin memakai baju yang berwarni; yang sebelum ini kegemaran aku ialah berbaju 1 warna yang malap. Kata Fadhilah Kamsah - pemakaian juga boleh menceriakan mood yang suram.
Ntahlah... tapi apa yang pasti, sejak umur meningkat dan anak sudah besar ini, aku mula merasa seperti ingin berfikir dan bersikap di luar kotak. Ingin mencari keceriaan hidup, melakukan sesuatu yag dulu amat terbatas dan memiliki sesuatu yang dulu amat dikedekutkan.
Inikah yang dikatakan monopos...err... andropos seorang lelaki?
Inikah yang dikatakan monopos...err... andropos seorang lelaki?
5 ulasan:
rutin hidup yg sama,setiap hari..sepanjang masa...mmg membosankan..kdg2 melakukan sesuatu diluar kebiasaan boleh memberi sedikit kepuasan yg berlainan..
ber"hijrah"lah..dengan apa cara sekali utk keluar dari kebiasaan walaupun hanya sedikit peng"hijrahan". jangan berhijrah jadi anak muda semula udah ya..hee
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Kamsiah,
IM kira ok juga sebab boleh keluar beraktiviti dan bertemu kengkawan. Sedangkan ibu_suri yang seharian terperuk di rumah.....?
Itu sebab agaknya dia selalu merengek minta di bawa berjalan walaupun sebenarnya dia tahu IM letih.
ANIM,
He..he.. Hati muda takpa asalkan sedar jasad sudah tua!
Catat Ulasan