Selalunya bila hujung bulan, selepas dapat gaji, aku akan ziarah Akhmal di Sungai Petani. Maklumlah... menziarahi dia ini tidak boleh dengan tangan kosong. Paling tidak RM100 mesti ada.
Dia nampaknya teruja untuk keluar awal atau parol. Katanya, mungkin bulan 8. sempatlah berHari Raya di rumah. Akan tetapi sebaliknya - aku, tiba-tiba dada diserbu resah. Resah bila mengenangkan ketenangan aku di rumah akan berkocak semula. Berkocak bukan kerana akan kembalinya Akhmal ke sisi tetapi pandangan jiran dan perangai lamanya itu yang dibimbangi akan berulang.
Otak aku mula berfikir ligat - apa yang perlu aku perbuat. Takkan membiar masa yang menentukan masa depan hidupnya?
"Kawan Akhmal ajak Akmal berniaga. " Ujar dia. Kawannya itu pun sebenarnya baru saja keluar dari sel sebulan lalu.
Aku tak terkata apa. Diam.
Beratnya tanggungjawap yang terletak di bahu seorang bapa ini rupanya. Anak ini walaupun se'busuk' mana baunya, mahu tidak mahu perlu diambil pedulikan.
Masih ada 4-5 bulan lagi. Masih ada ruang untuk berfikir walaupun tidak lama sebenarnya...
3 ulasan:
sokongan, itu yang dia perlu...
Kebanyakan org kita cepat menghukum bekas banduan. Jika benda buruk berlaku dlm komuniti, bekas banduanlah yg disyaki. Teringat sepupu JR yg meninggal tahun lepas. Dia bekas banduan. Di hari kematiannya terdengar ada suara sinis berkata: "Lepas ni kalau ada kecurian kat kampung ni, sapa pula yg kita nak tuduh? Payah la macam nie dah tak dak lagi kambing hitam utk dituduh.."
smbotak,
Itulah yang IM cuba berikan kerana itu adalah satu pertanggungjawban.
JR,
Yang IM perhatikan, itulah lumrah manusa. Kita tidak terkecuali jika berdiri di dalam kasut itu.
Catat Ulasan