Halaman

Jumaat, 26 April 2013

Daun Yang Gugur

Kawan aku yang sesama datang kerja tahun 1982 dulu, memanggil aku untuk menghadiri majlis hi-tea sempena hari terakhirnya bekerja hari ini. Dia akan bersara mulai 28 hb  ini.

Begitu pantas masa berlalu rupanya. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi makan, berbincang malah bergaduh bersama. Hari ini dia mendahului aku. Bulan depan pula akan ada seorang lagi geng surau  mendapat medical board dan akan meninggalkan kami juga.

Generasi baru semakin ramai mengisi jawatan-jawatan yang kami sandang dulu tapi kini kami tinggalkan atas nama kenaikan pangkat.

Yalah... Setiap daun lama akan gugur dan diganti dengan daun baru. Inilah fitrah alam. Sungguh tak sangka bahawa aku kini sudah menjangkau usia tua sepertimana dulu aku melihat mak dan abah aku tua.

Bila duduk di surau menanti waktu masuk, merenung diri dalam-dalam, timbul rasa gementar teringatkan ajal. Persis harta-harta yang aku kejar sebenarnya tidaj boleh berbuat apa-apa.. Alangkah manisnya masa-masa lalu walaupun ketika itu terasa pahit.


3 ulasan:

ANIM berkata...

betul IM, kematian itulah "kiamat" buat diri kita...

Jay Ar berkata...

Setiap permulaan ada pengakhirannya. Oleh iu kita tak boleh bongkak sangat dgn kuasa yg dipinjamkan sementara ini, bila mati seberkuasa mana pun kita di dunia masih perlu dimandi, dikafan dan diusung oleh org lain ke kubur..

insan marhaen berkata...

ANIM,
Muga mati kita kelak di dalam husnul khotimah.

JR,
Kita perlu peduli masyarakat kerana satu hari nanti kita perlukan masyarakat untuk 'peduli'kan kita.