Sabtu, 27 April 2013

Hati Seorang Tua

Aku ziarah mertuaku di Taman Buah Pala tadi petang. Mereka berdua memang uzur. Acapkali mengeluh kerana ada diantara anak mereka yang lansung tidak menjenguk.

Udah nak Maghrib barulah abah melahirkan keinginannya nak membeli barang keperluan dapur. Katanya, dia lebih senang berpergian dengan aku sebab aku tidak banyak kerenah dan memahami sindromnya yang kerap buang air kecil.

Yelah... Aku sendiri pun kini sedang melalui zaman usia tuanya dulu. Pengalaman aku menjaga ibu_suri yang lebih  cerewet lagi bengkeng di tahun-tahun lalu telah banyak membentuk sikapku untuk memahami, bertolak ansur, mendahulukan kebajikan mereka berbanding diri kita, tenang dan take it easy dalam menangani kemahuan mereka.

Balik dari membeli barangan di kedai kegemaran abah di Tanjung, abah minta untuk singgah beli mee goreng mamak di lorong tepi pasar Jalan Jelutong. Sementara menunggu, ralit aku melihat mamak itu menggoreng mee. Aku kira, inilah baru dikatakatan rezeki hasil dari titik peluh sendiri. Penuh keberkatan dan halalan thoiyibban.


3 ulasan:

smbotak berkata...

harapnya tak terlebih masin. tapi mee goreng stail macam ni la yang paling sedap...

Jay Ar berkata...

Teringat masa JR di KL dulu, bila mentua lelaki sakit di hospital, JR dan isteri balik ke Alor Setar. Kami iaitu adik ipar bongsu (lelaki) dan JR bergilir-gilir menjaga bapa mentua. Abang ipar (ada 2 org) tak pernah satu mlm pun datang berjaga, cuma datang sekejap waktu tengahari atau petang .Semoga bila kita tiba di penghujung usia kelak anak-anak kita tidak begitu...

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM memang suka masin. Tapi mee yang ari tu ntah kenapa IM makan rasa macam ada perisa asap di dalamnya.
Bila IM tanya ibu-suri dia kata sedap...!

JR,
Tapi mak IM dikampung, IM tak dapat jaga sepenuhnya. Cuma balik sebulan sekali, itupun balik hari. Ntahlah, harap mak IM faham dan ampunkan IM...