Halaman

Khamis, 25 April 2013

Salonpas...2

Dah banyak hari ibu_suri mengadu sakit pinggang. Bagi aku, lumrah. Banyak sakitnya ibu_suri ini. Selalunya akan hilang begitu saja selepas beberapa hari. Atau beberapa minggu.

Bila dia bertanya; kenapa tidak bawanya ke klinik -  aku jawap;

"Abang dah boleh agak jawapan doktor. Sama macam dulu juga. Kena jaga makan dan senaman sebab obes... Akhirnya, doktor akan bagi minyak kayu putih tu lah untuk sapu."

Dia minta aku picit-picitkan pinggangnya sebelum aku pergi ke hot spot kebiasaanku. Aku perlu teruskan  kerja-kerja PRU.

Aku pun picit-picitlah. Pastinya picit itu atas rasa kebertanggungjawaban seorang suami. Aku tahu, bukan sangat picit itu yang dia tagih. Dia lebih mahukan rasa kepedulian seorang suami. Kepedulian itu pula akan lebih hangat jika  diberikan dengan sepenuh hati.

Kenapa tidak belikan Salonpas? Hmm... ya tak ya! Mungkin dengan sedikit usaha tambahan itu, ada kelegaan pada lenguh dan sakit pinggangnya.

Aku bergegas ke farmasi walaupun masa aku sudah lari banyak dari sasaran. Hujan malam yang renyai-renyai menuntut keterbukaan dan kesabaran yang bukan sedikit!

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

dulu saya mengadap pc,guna kerusi rendah sbb letak pc atas meja rendah..ala2 meja kopi tu..sakit pinggang memanjang...segala minyak anginuabt,urut..tak jalan

bila dah tukar pc atas meja tinggi,kerusi tinggi...dgn sendirinya sakit pinggang pun hilang..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Salam IM,

Akak pulak tak boleh guna plaster2 ni, sama ada plaster untuk luka atau untuk sakit pening.

Akan merahlah bahagian yang ditampal plaster tu mengikut shape plastik tu sendiri dan akan gatal untuk seminggu dua.

Jay Ar berkata...

Semakin berusia JR dpt rasakan dahaga kepedulian itu makin tinggi. Sayangnya pihak satu lagi kdg2 tidak memahaminya....

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Rasanya dalam kes ibu_suri mungkin disebabkan tilam yang dah nipis di tengah. nak ganti tilam baru dia tak mahu. Sayang pada bau 'busuk' tilam itu, katanya...

Mak Long,
Sama juga dengan ibu_suri. Akan berbekas 4segi pada kulitnya.

JR,
Samalah macam IM. Tapi IM buat biasa saja. Tidak mahu terlalu meminta.