Halaman

Ahad, 8 September 2013

Atas Nama Pembangunan

Riadah kat Tasik Mengkuang bagai mencanduiku di setiap hujung minggu. Melempar pandangan jauh ke hutan dan bukit, saujana langit luas sambil menghirup udara yang masih dara bikin dadaku terasa lapang dari segala keserabutan. Menyeka peluh yang terbit di atas bibir dan dagu juga adalah satu kepuasan.

Mungkin akan ada orang berkata;...'Ai... kamu masih ada masa nak pi bersantai kat sana sedangkan kami gelut dengan aktiviti kemasyarakatan di sini..'

Ntahlah!  bagi aku sekarang ini, baki masa untuk hidup kian sedikit. Aku perlu nikmati dan isi sebaiknya.

Namun bila melihatkan di sebelah sana - bukit bukau ditarah dan hutan digondolkan oleh jentera atas nama pembangunan untuk keperluan masa hadapan, aku jadi gelisah juga. Saiz hutan ini semakin mengecil, Oksijen semakin nipis. Flora dan fauna kian pupus. Pandangan jadi semakin cangkat. 

Berapa inci lagikah yang tinggal lagi untuk diwariskan kepada cucu-cicitku lewat atas nama pembangunan yang tak tertahankan ini?

projek pembesaran Empangan Tasik Mengkuang

12 ulasan:

nyanyisunyi berkata...

Baru2 datang tempat ni 10 tahun lepas penuh hutan dan pokok2 hijau..sekarang ni dah sama..gondol kena tarah..cuaca makin bahang..rumah sana sini..tapi harga rumh tetap mahal.

smbotak berkata...

Rasanya kalau saya jogging kat sini, mesti nak kena bawak joran sekali.

Tanpa Nama berkata...

Tangan tangan manusia itu sendirilah yang merosakkan dunia ini sendiri....

❤Kamsiah❤ berkata...

dah lama tak kesana...beriadah di tasik putra,kulim ja..dekat dgn rumah..

Kakzakie berkata...

Tiba kat cicit kita kan IM mereka hanya berpeluang menikmati air terjun buatan, mandi sungai buatan, ombak buatan manusia. Tengoklah water fun park sana-sini tapi yg asli habis ditarah...

hrusli61 berkata...

Mungkin betul kata-kata kalian, namun jika kita tidak sama-sama pertahankan siapa lagi. Mengeluh suatu perbuatan yang mungkin mempunyai sedikit keprihatinan. Tetapi keluahan ini tidak ke mana.

Cadangan say disamping kita mengeluh mari cari platform yang sesuai untuk disalurkan keluhan ini. Masuk persatuan atau ngo berkaitan. Jika ada kekawan yang ada pengaruh politiknya salurkan secara rasmi. Bila lagi nak minta tolong kawan. dulu masa PRU kita dah banyak tolong dia.

ANIM berkata...

jangan berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat kerakusan manusia mengejar pembangunan sudahlah..

banyak dah terjadi, kan:-

Abd Razak berkata...

Di mana-mana pun begitu, manusia kian rakus

Jay Ar berkata...

Bila paksi alam dicabuli dan diperkosa, bumi menjadi semakin gondol, lalu musibah datang bertimpa: banjir, ribut dan malapetaka yang tak terjangkau fikiran generasi terdahulu....

mama maman aka yana berkata...

kesian ngan anak cucu kita.. tak dpt merasai damainya kehijauan alam.. huhu

insan marhaen berkata...

Tk atas ulasan kalian. Secara jumhurnya semua kita mahu khazanah alam ini diurus sebaiknya.

Urus itu semesti bermula dari kita sendiri...

LadyBird berkata...

itulah kesan hasil tadbir individu yg pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan generasi mendatang..