Halaman

Selasa, 29 Oktober 2013

Allah Lebih Tahu

"Teruk jadi orang sakit macam I, ya!" ujar ibu_suri tatkala aku membantunya bangun dari tenggongan. Selepas menarik flush, bantu pula dia keluar dari pintu bilik air. Ujar ibu_suri tadi itu tidak berbalas.

Aku tahu sukarnya ibu_suri menggunakan tandas tenggong namun untuk buatkan tandas duduk memerlukan kos agak tinggi. Anak-anakku tetap mahu tandas asal ini dikekalkan.

Sambil mengelap kawasan-kawasan basah di tubuh ibu_suri sekali lagi dia bersuara;

"You baik ya. Tak pernah merungut jaga I yang teruk macam ni..." Sekali lagi aku diam. Aku menarik nafas panjang. Apa yang boleh aku perkatakan lagi. Berhadapan dengan orang yangbermasaalah seperti ibu_suri ini memerlukan skill  membaca emosi, sikap diplomasi dan membujuk. Tak guna marah atau paksa. Takkan menelurkan apa-apa malah menambah kusut.

Alhamdulillah, tekanan darah ibu_suri menurun dari 200/100 kepada 150/90. Pada aku, itu bacaan yang normal bagi dia. Bacaan tekanan darah aku pula turun dari 160/100 kepada 130/90.

"You kalau tak mahu jaga makan tak mengapa. Abang akan jaga pemakanan abang." ujarku yang sebenarnya sedikit mengenen sambil secawan oat bercampur susu Omega itu aku hirup perlahan-lahan.

Menjaga pemakanan ibu_suri ini memang sulit. Sesulit menjaga emosi dan kehendaknya. Mungkin benar agaknya. Allah menjodohkan aku dengan ibu_suri kerana Allah tahu hanya insan yang tinggi sabarnya saja yang betah menjaga beliau!

5 ulasan:

ANIM berkata...

betul..betul..
bukan kata jaga isteri, jaga ibu yang menjanjikan syurga pun bukan semua mampu..
mudah2an Allah kurniakankan kesabaran berganda buat IM

Murni Alfathunnisa berkata...

semoga IM akan terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjaga ibu suri.

Jay Ar berkata...

Itulah realiti perkahwinan abadi, perlu faham memahami dan lengkap melengkapi. Kerana manusia tidak sempurna....

insan marhaen berkata...

Anim,
Kalau jaga isteri dengan baik, boleh masuk Syurga macam jaga mak kita ke?

Murni,
Terima kasih atas doa. Itulah yang IM panjatkan seiap kali lepas sembahyang.

JR,
Ya... IM percaya pada hakikat perkahwinan itu perlu saling memahami dan toleraansi.

sudais-sudais berkata...

Subhanallah ketentuan Allah sebaik2 ketentuan