Halaman

Sabtu, 9 November 2013

Dunia Ini Bulat

Ada kat rumah mertua di Taman Buah Pala sekarang ini. Ziarah mingguan adalah hampir mesti kerana aku dapat rasakan betapa mereka amat menanti-nanti kehadiran kami mengisi kesunyian jiwa dan rumah mereka. Selalunya bila bersalaman dengan bapa mertua, dia akan mengalirkan air mata dan sebek.


Akan begitu jugalah aku satu hari nanti. Dunia ini bulat. Usah sombong dengan sihat dan segar kita hari ini. 

Seperti juga (kini dinamakan) Taman Buah Pala ini. Dulu hanya berupa perumahan di satu lorong jalan yang rumahnya amat buruk dan bocor sana sini bila hujan. Takkan ada harga jika mahu dijual. 

Hari ini, mereka persis orang kaya. Rumah gantian 2 tingkat dapat secara percuma ini, kini harga semasa menghampiri 1 juta. Kalau dulu mereka tampak miskin, kini mereka bagai orang kaya. Dan ramai pula anak-anak dan saudara mereka selalu bertandang.

5 ulasan:

Jay Ar berkata...

Kata sesetengah orang hidup bagai roda, kadang2 di bawah kadang2 di atas. Tapi ada juga yg tetap duduk di atas tak pernah duduk di bawah sejak mula merdeka hingga sekarang....

❤Kamsiah❤ berkata...

saya menziarahi 1 atau 2 kali seminggu mertua kat kg...biasanya akan diusahakan membawa buah tangan yg disukainya,yg saya masak sendiri...

Nor Azimah berkata...

begitulah Allah pergilirkan antara nikmat sihat, sakit, kaya, miskin supaya kita tahu untuk bersyukur...

NzA berkata...

Kita juga akan lalui apa yg telah dilalui oleh ibu bapa kita...hidup umpama roda...

Alhamdulillah, rezeki yg telah Allah tentukan utk setiap insan.....Syukur kerana ini bahagian mereka.

insan marhaen berkata...

JR,
he..he.. no komen!

Kamsiah,
Pi rumah mertua IM tak perlu bawa buah tangan. Di sana ada banyak makanan. Kekadang bila bawak jadi membazir pula sebab tak ada siapa nak perabis!

Nor Azimah,
Ya... Bersyukur bagi mereka yang mahu berfikir.

NzA,
ibu_suri semalam seperti tidak percaya bahawa umurnya kini memasuhi separuh abad...