Halaman

Sabtu, 9 November 2013

Jika Aku Terkesut

Jika diizin Allah, dalam seminggu dua lagi aku akan dapat kereta baru. Angah yang uruskan pembeliannya. Aku cuma bayar bulan-bulan.

Aku ambil Viva model lama walaupun Angah dan Along suruh ambil Saga. 

"Viva murah sikit. Lagipun ayah bukan nak pi mana sangat. Sekadar nak bawa ibu pi klinik dan jalan-jalan saja. Ayah pun dah tua. Kalau boleh tak mahu hutang sana sini dah," terangku.

Kekadang rasa beruntung juga bila dapat anak yang memahami dan sanggup bersusahpayah untuk ayahnya. Bila tidak ada mereka sesekali, terasa sunyi.

Aku teringat mak di kampung. Pastinya mak lebih lagi sunyi sebab abah sudah tiada lagi untuk menemani. Tapi mak masih boleh berbangga kerana punyai 8 orang anak yang aku kira tidak lari dari tanggungjawap menjaga mak. Jiran-jiran sekampung juga berpendapat begitu.

Cuma sunyi mak selain tanpa abah pastinya kerana pergerakan yang terbatas. Hanya mengesut dalam kawasan bilik. Tapi mak seorang yang cekal. Berdikari dalam mengurus diri walaupun serba payah. Masuk hari ini aku agak dah 3 tahun mak mengalami lumpuh sebelah kanan.

Aku harap aku tidak begitu. Tak dapat kubayangkan bagaimana penjagaan terhadap ibu_suri jika aku pula yang terkesut-kesut. Mak adalah idolaku sejak dulu!

3 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

sekadar naik berdua dgn ibu suri....kereta yg comel2 dah memadai,kan...

Jay Ar berkata...

Kalau setakat naik berdua, kereta kecil pun jadilah. Kalau keluarga besar pula kena pakai MPV, no choice....

insan marhaen berkata...

kamsiah,
kereta kecil senang nak kendali. lagipun, kereta buatan Malaysia, alatganti murah sikit.

JR,
Kalau untuk saiz badan ibu_suri yang XXXL, Kancil memang tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila nak tukar gear...