Halaman

Khamis, 14 November 2013

Laaa...

Ntah kenapa, aku asyik ingatkan hari ini hari Jumaat je. 

Pergi kerja aku memilih memakai kemeja T merah berbanding seragam kerja. Di tempat kerja, aku menyusun tugasan kerja seolah-olah akan keluar awal tengahari kerana nak pergi ke masjid. Balik pula aku suruh ibu_suri kejutkan aku jika terlajak tidur esok pagi untuk pergi riadah.

"Eh, pasai apa abang nak pi jogging. Bukan kerja ka esok....?" Laaa....

Alhamdulillah, aku mampu berpuasa Isnin dan 2 hari Asyura. Hari pertama dan kedua terasa perit juga tapi hari ini terasa okay saja. Malah, badan terasa ringan dan seronok bekerja.

Aku masih teringatkan adikku Napi. Cadangan dari kalian semalam amat aku hargai. Akan aku rundingkan dengan adik-beradikku yang lain. Terima kasih untuk itu.

Tadi juga aku berpeluang berbual dan memberi pandangan pada kawan sekerja yang anaknya menghidap Autisme. Dia begitu gabra dan terasa seperti seorang yang begitu malang. Aku tepuk belakangnya dan berkata bahawa setiap dugaan yang Allah turunkan pada kita itu mempunyai hikmah yang hanya kita akan nampak setelah melaluinya dengan sabar dan tawakkal.

Sebenarnya, semakin ramai generasi baru menghidapi masaalah pembelajaran atau learning disability. Kerajaan pula pada pandangan aku terlalu lambat membuat sesuatu untuk menyediakan prasarana khusus untuk anak-anak yang bermasaalah sebegini. 

4 ulasan:

ANIM berkata...

lupa hari? bahaya tu..heee. banyak benda bermain difikiran...jadi lupalah biasanya..

Tanpa Nama berkata...

Mengenai autisme klrga kami mempunyai seorang. Tahap severe. Tidak blh berdikari. Tapi itulah pengikat kasih seisi klrga. Dr Harlina Siraj seorg pakar perbidanan dan motivasi pernah berkata ank yg istimewa ini Allah beri pd klrga yg istimewa sahaja. Allahu akbar! Ank yg dijamin syurga Allah diamanahkan untuk dijaga oleh kita. Mmg istimewa.....

Jay Ar berkata...

Lupa hari? Bahaya juga tu...Macam mana kalau hari Jumaat disangka hari Khamis. Semua lelaki pi solat Jumaat tapi kita masih asyik seorang diri di ofis buat kerja....

insan marhaen berkata...

Ntahlah. Agaknya itu tanda-tanda usia pencen dah tiba.

Tanpa nama,
Tkasih atas pandangan. IM dah perpanjangkan pandangan tuan kepada kawan IM itu sebagai satu motivasi buat beliau.

JR,
Dah pernah berlaku pun..