Halaman

Ahad, 10 November 2013

Padi Djarum

Tak semena-mena saja Ct datang terkocoh-kocoh.

"Awat hang ni? Dari mana?" heran ibu_suri bila melihatkan Ct menggendong sesuatu.

"Ini untuk ayah. Ini untuk ibu. Yang ini untuk makan. Sedap kek ni?" ujar Ct.


Aku memegang bungkusan yang Ct beri. Terorak senyum yang spontan. Hati berasa senang.

"t beli kat Indon. Baru balik ni. Mamu yang ajak t pi sana. Tak plan pun." terang Ct sambil bergegas keluar ke pintu. Ada kereta persis Sportage menunggu depan pagar rumah. Kemudian berlalu dipandu Ct.


"Pandai pulak dia pilih kaler ini..." kataku pada ibu_suri. Hah... kaler hijau tua. Walaupun sebenarnya aku kurang minat kaler itu tapi sebab ianya pemberian ikhlas Ct, aku senang hati menerimanya. Terasa berbalas segala penat lelahku yang pernah menjaga Ct samada ketika dia masih kecil dulu mahupun ketika di hospital dulu.

Begitu mudahnya lembut hati seorang tua seperti aku ini!

4 ulasan:

Kakcik berkata...

Yang penting adalah ingatan. :)

Jay Ar berkata...

Yg penting bukan nilai harganya tapi nilai keikhlasan pemberian itu....

ANIM berkata...

bila ada yang mengingati, itulah hadiah paling mahal

insan marhaen berkata...

kakcik,
betul tu... IM tak pandai dalam bab bab beli buah tangan ni. ibu_suri selalu bebel pasal ketidakpandaian IM yang ini.

JR,
Ya.. Ikhlasnya itulah yang buat IM senang hati terima pelikat walaupun warnanya taklah mengujakan...

Anim,
InsyaAllah, IM akan memakainya ketika solat Jumaat dan pastinya Hari Raya kelak!