Halaman

Jumaat, 15 November 2013

Sateh

Aku rasa, disiplin aku dalam menjaga pemakanan dah mula kendur. Tak boleh jadi ni... Aku perlu set back dan buat pembetulan.

Aku perlu kawal kegemaran memakan cucur yang kekadang berminyak disamping kawal memakan makanan bersantan/kelapa.

Tadi, beriya-iya ibu_suri suruh aku belikan sateh. Arghhh.... penyumbang kolestrol juga ni.

"Hari ni hari jadi Angah. Kita beli sateh dan makan sama-sama..."

Bab tarikh hari lahir ni, ibu_suri memang seorang pengingat. Aku sendiri tak pernah ambil tahu. 

"Angah beli sorang 10 cucuk. Ayah punya tak payah la..." ujarku.

Iye ke aku tak mahu makan sateh ni?

10 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau masak sendiri..gantikan santan dgn susu cair,guna sikit ja..ataupun tak payah masukkan terus...

Nor Azimah berkata...

ada org pegang prinsip makan sakit, tak makan pun sakit, kot teringin juga makanla sebatang, asal tak kempunan, kata mak mentua sayala, hi hi

Bearcat berkata...

Saya tertanya-tanya masa tengok Sateh tu. Rupanya satey hehehe...

Kakcik berkata...

Kadang2 mafsu mengatasi kewarasan. Itu yang boleh terbabas tu.

smbotak berkata...

Makan dulu secucuk bang. Lepas tu tengok tempat lain, atau makan benda lain sampai kenyang. Jadi selera tu mungkin dah tertutup.

ANIM berkata...

laa..sate rupanya, hee..

saya pun tak leh p banyak. maxima 5 cucuk saja. agaknya faktor usia juga

Jay Ar berkata...

Saya dah lama tak makan satey, KFC,pizza, Mc D dan makanan berkolestrol tinggi lain yg sewaktu dengannya..Kalau sesiapa beli, semua dah faham tak perlu dibeli utk saya. Kalau makan di restoran KFC, Mc D atau pizza bersama keluarga, saya cuma order buns...

NzA berkata...

kalau satey depan mata, terbang segala diet.....huhuhu...

sud@is berkata...

makan jgn tak makan, tapi berpada jgn terlebih daaaa...

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
IM dah lama tak masak sendiri kecuali goreng ikan.

Nor Azimah,
IM tak makan. Tapi lepas tu terasa rugi pula tak try barang secucuk.

BearCat,
Saja IM guna perkataan sateh. Pernah IM terbaca dalam salah satu artikel.

KakCik,
Memang susah nak jihad terhadap nafsu ni.

sm botak,
tak makan sateh tapi makan benda lain sampai kenyang? walhasil balik asal.

Anim,
IM pun gitu. Tak boleh makan banyak.

JR,
IM pun boikot KFC, Pizza dll. Tapi kalau dah kena pi, makan juga la...

NzA,
Sesekali tak per..

Sud@is,
betul tu. Rezeki jangan ditolak mentah-mentah..