Ahad, 17 November 2013

Usaha Bilisku...

Seperti biasa, riadah di Mengkuang Dam tadi. Mulanya, ingat tak mahu berlari sebaliknya jogging sahaja. Sakit pergelangan kaki dan lutut mungkin disebabkan itu agaknya. Akan tetapi, bila dah terasa dalam badan mulai panas dan ringan, jogging juga akhirnya. Banyak peluh keluar baru berasa puas.

Bulan lepas aku timbang badan, berat dah turun dari 77.7kg ke 75kg. Tak pasti sejauhmana tepatnya alat timbang di klinik ofis aku tu. Namun ia masih jauh dari sasaran yang di sarankan oleh pakar pemakanan yakni 65kg sesuai dengan BMIku yang sepatutnya.

Aku memakai kemeja T hitam dengan gambar PRAY FOR PALESTIN. Sebolehnya aku mahu selalu memakai kemeja T macam tu sebagai usaha bilisku mengingatkan mereka yang memandang akan kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara seIslam kita. Sayangnya, aku cuma da sehelai tu saja.

Sementara riadah itu aku teringat bahawa kempen untuk Palestin lagi dah sejuk sekarang ini. Agaknya, bila Israel menyerang Palestin dan ramai terbunuh, barulah kempen itu panas kembali.

Aku perasan, semasa melalui jalan masuk ke trek jogging ada beberapa orang Cina sedang memegang poster dan tabung. Sekilas pandang, mungkin kutipan itu untuk mangsa bencana taufan Haiyan.

"Good morning. You are collecting for Philipines?"

"Yes..."

"Aha...  No wonder. Why no wording in Bahasa Malaysia. Mainly Chinese dan a little bit English only.." tegurku sambil pergi ke tabung.

Beriya-iya terima kasih dari mereka yang aku kira mewakili NGO. Aku pasti mereka juga perasan akan kemeja T yang aku pakai. Boleh kira, kita ini teman seperjuangan... agaknya begitu bisik hati mereka.

Tadi, aku terjumpa klip video ini dalam FB. Juga boleh baca catatan di sini. Baik untuk dijadikan iktibar. 



5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Usaha bilis yang ikhlas itu lebih bermakna...

JR berkata...

Saya kalau joging cuma pakai t-shirt pagoda.....

ANIM berkata...

buat nasi goreng masuk ikan bilis lagi sedap dari isi ikan jerung, hee

saya pernah dengar satu tazkirah "Allah lebih suka org miskin yg ber sedeqah". ustaz buat perumpamaan org yg mempunyai RM10 dlm tangan dan nak membeli barangan di kedia. dia kemudiannya menyedekahkan kepada yg memerlukan diperjalanannya. Wangnya sudah berkirangan RM2. dia kini hanya boleh membeli dengan baki RM8 sahaja.

Berbanding dgn org kaya yang mempunyai rm1000 di tangan. dia tidak merasa kekurangan jika menyedekahkan rm2 atau rm20 mahupun rm200. nilai "sedikit" itu lebih besar di sisi Allah. wallahua'lam

p/s sorry IM, bertazkirah pulak saya dalam entry IM..hee

Abd Razak berkata...

Ingat akan penderitaan orang dan membantu mereka serta tidak mengharapkan pembalasan.

insan marhaen berkata...

kakcik,
IM harap keikhlasan IM itu tidak lebur...

JR,
Ha..ha.. IM segan pakai pagoda saja. Nampak perut yang gendut...

Anim,

TK atas tazkirah. Sempat share dengan kawan-kawan di tempat kerja...

Abd Razak,
Gitulah hasrat dari hati kecil IM. Muga Allah terima..