Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

Ke Johor.... 1

Selama berpergian ke Johor, alhamdulillah segalanya ok. Walaupun sesekali rasa hilang sabar juga dengan kerenah ibu_suri, aku masih tetap boleh control diri sendiri.

Ada beberapa episod selama aku berpergian ke sana yang aku rasa boleh aku angkat menjadi bahan tulisan di blog ini.

Bas yang aku naiki adalah dari syarikat Zarika. 2 orang pemandu bas yangmana kedua mereka adalah mamak atau di sini lebih dikenali sebagai Melayu Tanjung. Seorang namanya Hamid dan seorang lagi Amin (baru memeluk agama Islam). 

Aku dan ibu_suri mendaki bas dari Seberang Jaya. Mungkin untuk memudahkan ibu_suri turun naik bas, kami di beri kerusi paling hadapan (belakang pemandu bas). Terasa gayat bila duduk di depan ini. Banyak kali aku menekan brek sendiri bila bas memotong kereta atau melalui celah kenderaan lain yang aku rasakan seperti terlalu dekat.


Semasa giliran Amin sebagai pemandu ke 2, aku mengalih duduk di tangga bas dekat dengan pemandu. Aku ingin berbual sebab jemu duduk di kerusi berjam-jam tanpa berbuat apa-apa. Nak tengok tv pun depa tayangkan CD cerita KL Zombi yang bagi aku ntah apa-apa jalan ceritanya.

Aku ralit mendengar cerita Amin. Sedari cerita bagaimana dia masuk Islam, tanggapannya terhadap orang asal Islam dan akhirnya menyorot kisah amalam kita di dunia yang akan menentukan nasib kita di alam kubur dan di akhirat.

Agak luas juga pengetahuannya tentang ilmu Islam. Aku lebih banyak mendengar dan mengiyakan. Itu salah satu dari cara aku menghargai orang-orang seperti Amin. 

Semasa asyik bercerita tentang kematian, kubur dan godaan syaitan terhadap manusia, sesekali aku melihat dia menyapu muka. Sesekali menyeka tengkuk. Aku tertanya-tanya juga dalam hari... kenapa? Dalam fikiran aku seperti mengesyaki sesuatu. Tapi dia masih terus bercakap dan aku mendengar. Tiba-tiba...

"Awak perasan tak, dalam sibuk kita sembang pasal kubur ni, apa yang ada di depan kita sekarang?"

Aku pun memusatkan pandangan kepada kenderaan yang ada di depan. Aku memang nampak kenderaan tadi tapi tidaklah aku hiraukan sangat sehinggalah bila aku perasan kali ini aku secara spontan ketawa dan menampar pipi...

"Allahu Akbar!...." getusku bila terbaca tulisan VAN JENAZAH.

"Tengok... Tuhan mahu tunjuk sama kita. Apa isyarat yang Tuhan mahu bagi tahu kita?"

Aku istighfar beberapa kali. Tak lama van itu mengambil jalan kiri dan bas yang kami naiki memintas van tersebut. Amin masih bercerita tentang kebesaran Allah terhadap insiden yang baru saja terjadi tadi. Aku sendiri pun terpana dibuatnya. 

"Ha... van tu dah tak ada sekarang. Mana dia sudah pergi?" ujar Amin, sambil menjengah ke kiri dan ke atas melihat cermin.

"Dia dah keluar... exit mana-mana kot." ujar aku meredakan persoalan yang begitu misteri jawapannya. 

Bagi aku insiden ini benar-benar mengetuk hati kecilku. Kebetulan atau memang suatu peunjuk dari Tuhan... aku tak tahu!

6 ulasan:

Kakcik berkata...

Semasa membaca catatan ini kakcik berada di bilik hotel di Johor Bahru. Encik Suami baru keluar ke surau berdekatan untuk solat subuh.

Kematian sentiasa mengintai kita. Walaupun kita tahu hakikat itu, sebenarnya kita tetap masih berleka-lengah...

Nor Azimah berkata...

ingat mati untuk lembutkan hati..

❤Kamsiah❤ berkata...

pengalaman yg tak terbeli dgn wang ringgit...

smbotak berkata...

macam lebih banyak yang dia tau berbanding kebanyakan penganut islam sejak lahir. mungkin dia dah lama memerhati dan mengkaji.

sud@is berkata...

dah banyak yang Amin belajar sebelum peluk Islam

Jay Ar berkata...

Dalam banyak hal, saya lebih respect golongan mualaf berbanding orang Melayu berketuran Islam..Mualaf yang memeluk Islam bukan atas sebab perkahwinan dengan orang Islam biasanya lebih tinggi ilmu agamanya berbanding orang Melayu yang menjadi Islam kerana bapa dan datuknya berketurunan Islam...