Rabu, 25 Disember 2013

Khabar Buat Ibu

Balik kerja tadi seperti biasa bersama blogger JH yang memandu Unser warna merah. Seperti biasa juga kami mendengar rancangan ADILA dari siaran Klasik Nasional. Ntah kenapa, kami berdua sekarang ini memang suka dengar siaran Klasik Nasional berbanding Sinar FM sebelum ini.

Satu ketika juruhebah siarkan lagu Khabar Buat Ibu dendangan Loga Alleycats. Ntah kenapa hatiku tiba-tiba terusik. Lagu ini menghimbau ingatan aku pada saat-saat mana kawan ibu_suri menalipon aku bertanyakan .....dot...dot...dot...

Kemudian esok harinya aku menalipon ibu_suri. Dan ibu_suri menangis di talipon.... teresak-esak... bertanya ... kenapa aku ...dot...dot...dot...

Ntahlah... Sesekali pula bila dengar lagu ini aku terasa amat malu pada mak. Agaknya dalam senyum, hati mak ada yang terluka. Agaknya. Mak tak pernah baeritahu.

Maaf... terlalu...dot...dot...dot... semua cerita ini untuk aku paparkan. Biarkan saja ia tersorok di lipatan kenangan.

Apapun, masa yang telah berlalu tak akan kembali semula untuk dapat diperbetulkan!


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pandai kan ibu kita sembunyikan perasaan...

NzA berkata...

Rahsia biarlah jadi rahsia utk jadi kenangan abadi w.pn ada kalanya indah n ada kalanya pahit.

JR berkata...

Saya lebih suka buka Suria FM ketika dlm kereta, banyak lagu malar segar era 1980an dan 1990an di dalamnya...

sud@is berkata...

nostalgia mengimbau
kenangan mengusik jiwa