Halaman

Rabu, 11 Disember 2013

Legowo

Baru saja balik dari bawa ibu_suri jalan-jalan di pekan Bukit Mertajam. Singgah di Restoran Popular sekadar minum-minum saja. 

Di sisi meja, ada sekumpulan anak Muda Cina, juga sedang minum sambil membelek smart phone. Yang lecehnya, sambil menolak-nolak skrin, sambil mengembot asap rokok. Angin yang masuk dari luar ke dalam restoran menghantar asap itu ke arah kami berdua. Tidak kesian agaknya mereka...

Kekadang terfikir aku.. alangkah bersyukurnya aku kerana tidak menjadi perokok. Dan alangkah beruntungnya ibu_suri kerana memiliki suami yang tidak merokok. 

Cita-cita aku ialah tidak mahu mewarisi tabiat mak dan abah yang perokok. Juga lagi, cita-cita aku mahu mempertahan imej ini terhadap keluargaku. Sayangnya, kecuali Along, Angah dan Akhmal sebaliknya menjadi perokok. Puas aku nasihati..... tetap sama. Nak salahkan siapa?

Semasa memandu balik, aku teringat perbualan aku dengan blogger JH sewaktu pulang dari kerja petang tadi.

"Setiap kita pasti ada dugaan yang Allah akan bagi. kalau tidak masaalah anak macam kita, masalah suami atau isteri. Sakit.... Susah.... Rasanya ujian yang aku hadapi ringan berbanding kawan kita .... (tuuttt)... yang mendapat anak down sindrom. Yang sorang lagi tu.... (tuttt) ntah berapa kali kena bypass jantung. Kita ni kira ok juga lah...."


Aku teringat akan satu perkataan yang aku jumpa semasa membaca Harakah semalam.... LEGOWO. Mulai hari ini perkataan itu akan menjadi antara kata-kata penguat semangat dalam hidupku!

3 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

apa maksud LEGOWO tU..??

NzA berkata...

Sedikit ujian yg Allah berikan untuk mendekatkan kita padaNya.....legowo tu apa?

Jay Ar berkata...

Legowo itu kalau tak silap diambil dari istilah Jawa yg seerti dengan istiqamah iaitu menerima apa yang berlaku pada diri kita dengan sabar, ikhas dan pasrah kpd ketentuan Illahi. Jika silap, harap betulkan.

Mengenai tabiat merokok, saya juga hairan mengapa setelah 18 tahun Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa merokok HARAM di sisi Islam, tapi tiada tindakan diambil Kerajaan kepada perokok beragama Islam? Bila Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa mengenai Syiah boleh pula diambil tindakan? Atau kerana Menteri kita sendiri ramai yg merokok??