Halaman

Ahad, 8 Disember 2013

Maaf!

Maaf buat rakan-rakan blog. Sejak akhir-akhir ini keinginan aku untuk blog walking jadi tumpul. Bukan kerana jemu atau malas tapi kerana keresahan yang telah menawarkan semua itu.

Aku cuma akan pergi ke blog yang memberi komen di dalam entri blog aku sahaja. Itu pun, kekadang aku komen pendek sahaja. Yang kekadang merasakan komen aku itu macam ntah apa apa jer..

Aku pasrah pada kehidupan ini. Setiap kali aku jatuh, aku cuba bangun sesegera mungkin. Aku berazam untuk terus konsisten menjaga kesihatan, menjaga kereta dan rumah sekadar mampu dan menjaga amal serta usrahku.

Ntahlah... terasa amat bersaorangan hidup di dunia ini walaupun di celah ramai orang. 

Aku terasa mengantuk sekarang. Nak solat Zohor dulu. Di katil, dengkur ibu_suri teratur iramanya.

Kalau dizinkan Tuhan, bangun dia nanti, kami akan ke Taman Angsana, Kulim; ziarah adikku - Darul!

7 ulasan:

smbotak berkata...

dengkur yang teratur riamanya, sebenarnya menjadi peneman kepada abang IM. (saya pun melawat blog sahabat2 ikut seberapa sempat jugak)

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Seorang kawan pernah mengingatkan bahawa kita terutamanya yang 'berjanggut' (berusrah dll) perlu bersabar dengan ujian hidup.

Saya sendiri dalam 1-2 bulan ini 'lunyai' dengan ujian yang silih berganti. Di antaranya isteri cedera teruk jatuh dan terlantar di hospital semasa berlangsungnya persediaan dan majlis perkahwinan anak.

Saya sebenarnya berterima kasih kepada saudara kerana kesabaran menjaga isteri memberi saya panduan dan motivasi menjaga isteri yang belum lagi pulih sepenuhnya.

Ujian tetap ada dan sentiasa berlegar-legar di sekeliling kehidupan kita. Ada kalanya ujian datang dan kita hampir-hampir tidak tahan....tetapi kita perlu bertahan.

sud@is berkata...

perasaan yg begitu dn tak menentu sllu dtg dn pergi, moga en IM ditambah kekuatan kesabaran. Setiap dr kita ada pelan perjalanan yg ditentukn.

Nor Azimah berkata...

di antara sifat org mukmin itu, bersyukur dengan nikma, memadai apa yag ada, sabar dengan penderitaan, redha dengan ketentuan, menderita dengan dosa...

Kakcik berkata...

bagaikan air, perjalanan hidup ini ada pasang surutnya...

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pun bkn setiap hari berupdate...ikut mood,ikut masa...ada mood tp takde masa,adakalanya ada masa tp malas teramat...

Tanpa Nama berkata...

IM..muga terus bertahan.Im tiada pilihan selain redha dgn ketentuan allah..sy rasa masalah yg berat skrg ni hy la akhmal...