Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Skudai

Sabtu dan Ahad ini insyaAllah, aku dan ibu_suri akan ke Skudai, Johor menyewa satu bas persiaran untuk hadiri majlis perkahwinan belah keluarga mertua.

Aku sebenarnya malas nak pergi. Pasti akan terasa jemu duduk berjam-jam dalam bas. Lagi pulak aku tak tahu dugaan apa pula yang aku terpaksa hadapi nanti dalam mengurus ibu_suri. Naik bas turun bas adalah masalah buat dia yang obes. Lagi pulak ibu_suri kerap suka buang air secara terdesak. 

Nak bawa kereta sendiri.. huuuu... aku bukan macam dulu, boleh memandu jauh-jauh dan lama. Sekarang ini aku mudah mengantuk bila saja memegang stereng. Setakat berulang alik Ipoh-Penang, ok lagi lah. Laluan yang sudah biasa. Tapi Johor... uh... maaflah!

Apapun, sebab dah malas nak mendengar rengekannya, aku pasrah saja. Aku ni memang jenis yang tak suka bising-bising dan berdebat.

Jumaat malam aku akan bertolak. Di sana khabarnya keluargaku menyewa homestay. Bab tempat menginap ni satu perihal juga. Tak tahulah tidur dan buang air ibu_suri nanti bagaimana. 

Bila sebut Johor, aku akan segera teringat akan sahabat sepenulisanku sewaktu aktif menulis di ruangan Taman Sains, Utusan Pelajar. Itu lebih kurang tahun 70an. Aku masa itu berjaya diterima menjadi Ahli Kelab Sains (AKS) yang ke 70. Untuk layak menjadi AKS, karya aku mestilah pernah tersiar dan kemudiannya mesti membuat satu album yang berkaitan dengan subjek sains. Album yang aku telah buat ialah tentang burung. Aku masih ingat akan moderator Taman Sains yakni Pak Matlob. Antara lain yang seangkatan aku dan berjaya menjadi penulis prolifik ialah Shahidan Mohd Noh dan Sri Diah Isma.

Aku harap kepergian aku ke Johor, mudah-mudahan ok ok saja. Malas nak fikir banyak-banyak terhadap perkara yang aku sendiri pun tak tahu akan jadi bagaimana. Aku harap, musafir selama 2 hari akan mengeluarkan aku sekejap dari semak kepala memikir pasal Akhmal. 

14 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pernah mengikuti rombongan pengantin ke Tangkak,Johor,anak sedara suami kawen org sana...tp dek semua dalam bas yg disewa tu adik beradik,tak terasa jauhnya perjalanan..seronok...

Nor Azimah berkata...

moga dipermudahkan segala urusan ya IM

NzA berkata...

InsyaAllah IM, Allah Maha Kaya n mengentahui....Berserah setelah berikhtiar....InsyaAllah moga dipermudahkan.....

radziah AR berkata...

semoga dipermudahkan, Allah maha mengetahui...
saya sedang belajar menjadi kuat, tabah dan sabar spt im. jg mengajar saya erti bersyukur

BungaTulip berkata...

Semoga perjalanan IM dan ibu suri selamat pergi dan balik.

Jay Ar berkata...

Wah, pernah menjadi penulis Sains di Utusan Pelajar, hebat tu!! Saya juga pernah hantar sajak ke Utusan Pelajar dulu tapi tak pernah tersiar hingga akhbar itu tak ada lagi di pasaran, hehehe..

smbotak berkata...

dekat dengan kampung halaman saya tu! moga semuanya baik2...

Tanpa Nama berkata...

Moga slmt g n balik I'm...insyaAllah segalanya baik2 sj

Bearcat berkata...

Have a safe journey IM :)

a.samad jaafar berkata...

assalamualaikum IM..
sy dah terlalu lama tidak menggunakan bas utk ke mana2..masalahnya, bimbang perut meragam dan saya suka menyinggah.. tp..mungkin bila usia meningkat, masalah yg sekarang saudara IM hadapi turut juga akan sy lalui..begitulah perjalanan hidup..mahu tidak mahu terpaksa ditempuh jua..

sy juga peminat ebiet...lagu2 yg menyenangkan..

faizah berkata...

Semoga IM dan Ibu Suri selamat dan dipermudahkan dalam perjalanan...

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

assalamualaikum im,
sudah berpindah rumah rupanya. sungguh sudah lama saya juga kurang berada di blog atas sibuk urusan dunia nyata. teruskan menulis dari hati :-)

ANIM berkata...

Pekena nasi beriani johor nanti, lupalah segala kesukaran, hee:-))

LadyBird berkata...

pakaikan pempers..