Halaman

Ahad, 9 Februari 2014

Pi Dulu... Ronda... Bye!

Fikiran celaru. Tak tahu apa nak ditulis.

Petang tadi tolong Angah pindah barang ke rumah barunya. Pada aku, lagi cepat dia duduk di rumah sendiri lagi baik. Jauh-jauh bau wangi, kata orang tua-tua.

Sekarang ini Akhmal entah merayap kemana. Dah jadi persis 'musang'. Siang tidur, malam menghilang. Aku cuma pasrah... harap-harap tak adalah panggilan dari balai.

Baca blog politik pun dah naik muak. Balik-balik cerita Azmin bergaduh dengan TS Khalid Ibrahim. Cerita ayam lagilah buat aku cuak. Apa punya insan... konon pembela kalimah!

Fikiran aku memang celaru. Bukan setakat 2-3 perkara itu. Tapi lebih....

Hem, bagaimana kalau start kereta dan pi ronda. Minum kopi kat kedai tepi Masjid Kubang Semang ke? Sambil ushar-ushar anak bertuah yang seorang itu.

Dengkur ibu_suri teratur bunyinya. Mata aku pun antara mengantuk dengan tidak. Siang ni aku pun tak kerja. So.... orait la kalau tidur lewat.

Bukan apa... rileks-rileks cari ketenteraman jiwa. Muga Allah beri aku kekuatan.

Orait.....

Bye!

6 ulasan:

Kakcik berkata...

Mudah2an IM terus 'kuat'.

Lempeng kat kedai depan Bgn UMNO tu sedap!

Nor Azimah berkata...

lama IM menyepi, moga IM kuat cam selalu, ingat..DIA selalu ada utk kita..

Jay Ar berkata...

Semoga semua kita diberi kekuatan menghadapi realiti kehidupan yang dipenuhi pelbagai kecelaruan ini....

smbotak berkata...

Cantik jugak idea tu bang, kita mengeteh sat... Saya nak tambah boleh? Jauh2 bau wangi, dekat2 bau kentut. Hehehee...

Tanpa Nama berkata...

Tak hairanlah bergaduh, dengan keluarga sendiri pun tak bertegur sapa

ANIM berkata...

IM, tidur pun satu terapi..
bila nak rehatkan otak dan stress, tidurlah..
mimpikan yang indah2...