Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Hanya Kenangan


Bilamana aku balik kampung, perkara yang selalu aku tak lupa buat ialah mengunci jam randik ( baca sini ) yang tergantung di dinding bilik mak. Bagi aku, ini adalah salah satu dari beberapa unsur yang pernah bersama aku di sepanjang perjalanan hidup lalu.

Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ini aku seperti mahu menyimpan dan menjaga  tinggalan abah yang bersamanya ada kenangan. Aku belek-belek laci mak. Aku berjumpa dengan lesen motor abah tahun 2008. Jumpa kamera Nikon abah yang aku kira dia beli selepas kamera jenis pandang dari atas.

Aku juga secara perlahan-lahan mula mengembalikan hobi lamaku menyimpan setem, duit syiling dan keratan artikel. Cuma yang mungkin aku tidak teruskan ialah mengumpul lencana. Minat ini timbul semula sejak aku tahu yang anak saudaraku - Mien Hanz yang sekarang ini pengumpul syiling tegar.

Sekarang ini aku memang dah mula membeli album, baca sikit-sikit artikel tentang hobi dan mula memikirkan bagaimana nak menyelenggara hobiku ini.

Tadi pagi aku beli album gambar saiz 3R.  Punyalah susah nak dapat sebab kebanyakan album yang dijual rata-ratanya bersaiz  4R. 

Benarlah kata orang; di usia muda, kita miliki cita-cita. Di usia tua, kita hanya miliki kenangan.

7 ulasan:

Kakcik berkata...

Satu waktu yang lama dulu, kakcik juga pernah mengumpul setem dan lencana. :)

Nor Azimah berkata...

perenggan yang last tuh..tersentuhla sangat hatiku ini...

Jay Ar berkata...

Banyak hobi masa muda saya sekarang cuma tinggal kenangan. Salah satunya memancing yg sekarang hobi itu tak ada lagi....

❤Kamsiah❤ berkata...

menatap gambar2 dalam album lebih membangkitkan nostalgia berbanding menatapnya kat hp atau hardisk

sud@is berkata...

cita cita kadang berubah bertukar ganti tapi kenangan tinggal terpahat dimemori...
jika ada gmbar lama2 tu..syok juga boleh cerita kat generasi..

ANIM berkata...

orang berjiwa sentimental saja yang selalunya berminat nak buat koleksi barang2 lama ni..

bukan senang tau...(saya pun ada hobi sama..huhu)

Cik Wawa berkata...

sungguh puitis ayat yg IM guna... c;