Sabtu, 8 Mac 2014

Perasaanku

Esok, aku bercadang nak balik kampung walaupun minggu lepas aku baru saja balik. Ziarah mak mungkin antaranya tapi yang lebih mengujakan ialah bila terima berita kematian jiran. Sekaligus kawan semasa keluargaku susah sekitar tahun 60an dulu. Semalam kematian Wah. Tadi, kematian Li pula.

Adikku, Niza, sms semasa aku berada di rumah mertua. Rupanya, mertuaku tidak tahu menahu berita tentang pesawat MAS yang hilang. Hmmhh... Kalau gitu, berita DSAI kena penjara lagi la depa tak tahu, bisik hatiku. Tak salahkan mereka. Walaupun ada tv besar dengan siaran Astro, keinginan tua mereka bukan lagi ke situ. Mereka lebih banyak duduk di sejadah atau mungkin berbaring kerana apa lagi yang mereka boleh buat lantaran tenaga yang semakin tidak kuat.

Mengenangkan itulah, aku selalu ingatkan ibu_suri supaya kerap ziarah mereka walaupun sekadar duduk-duduk dan berbual sahaja.

Aku sendiri kalau ikutkan malas nak memandu jauh kerana letih beriadah di taman riadah Seberang Jaya  tadi pagi. Aku rasa lebih kepada mahu baring dan tidur. Terasa benar, sejak menapak ke umur 'pencen' ini, aku cepat letih dan sakit-sakit badan selepas memerah keringat dan tenaga. Bukan banyak pun, pusing-pusing trek aje.


Duduk di rumah mertua, untuk isi masa, aku belek-belek koleksi syilingku. Selain blog, aku kira, inilah antara beberapa hobi yang akan menemani masa-masa dan perasaan-perasaanku bersama umur yang semakin sikit bakinya ini. Biarlah orang kata aku ni macam dah tak ada kerja lain nak buat... biarlah. Mereka manalah faham isihatiku!

Sebenarnya, hari ini aku teramat 'marah' dengan ibu_suri. Tapi 'marah'ku hanya dapat aku luahkan dengan bercakap-cakap kepada stereng kereta sahaja. Bila ibu-suri tanya.. abang cakap apa? Aku cuma jawap... tak ada apa... sambil memesong ke topik lain.

Mana tak marah dan bebal kalau sikit-sikit..abang... Sikit-sikit...abang. Silap-silap haribulan, boleh lari malam!

4 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

sabarla duhai hati...

NzA berkata...

mungkin juga faktor usia IM jadi cepat marah dan terasa hati...sabarlah..besar ganjarannya di sana.....

BUNDA berkata...

Assalam.

IM...perasaan dan emosi itu ada lah sesuatu yang normal...
mungkin selama ini IM dah banyak berkorban untuk orang2 keliling IM...

tiba suatu ketika IM berasa amat penat....asalkan IM tahu kawal diri dan tidak melepaskan kepada orang disayang itu sudah baik....
banyak2 lah bersabar ye IM...mungkin ada sinar didepan sana disebalik kesabaran...

InsyaAllah...

insan marhaen berkata...

azimah,
ya... muga IM terus sabar.

nza,
betul agaknya. dah letih dari muda hingga tua menghadap dugaan yang sama.

bunda,
ya a, apa yang lebih baik selain sabar..

taufiq,
dah singgah dan follow. keep it up!