Selasa, 8 Julai 2014

Tidur Dalam Miskin

Akhirnya, kereta Wira aku telah pun Angah jual kepada kawannya dengan harga RM6500. Plat no PEY 164 itu memang aku sayang dan hampir kesemua kawan-kawan aku tahu plat no itu. Tapi kenyataannya Wira itu perlu dilepaskan jika tidak mahu menanggung beban berganda. Cukuplah dengan Viva yang ada.

Kancil aku itupun bila tiba masanya akan aku jual juga. Memadailah dengan satu kereta. Sederhana sahaja.

Aku harap bila cecah umur 55 nanti aku dapat selesaikan 90% dari hutang piutang yang ada. Cuma kalau tinggal pun Viva aku ini saja. Inipun insyaAllah, akan aku pulun supaya cepat habis.

Benarlah kata bahawa hidup ini kalau berhutang sebenarnya kita tidur dalam kemiskinan.

Sepatutnya esok ibu_suri ada temujanji dengan doktor di Klinik Kubang Semang tapi aku terpaksa tangguh ke hari Jumaat. Tak gamak nak ambil cuti. Terlalu banyak kerja terbengkalai di ofis. Semuanya aku kena siapkan menjelang odit dalaman Isnin depan. Rasa nak demam saja aku dibuatnya sepanjang hari. Kalau tak kerana tangggungjawap terhadap anak dan ibu_suri, lama dah aku letak jawatan. Letih aku dengan serba mak nenek odit ni!

Jumaat ini cuti ganti hari Sabtu. Aku cadang nak balik Ipoh berbuka dengan mak. Hari sabtu pula aku akan pergi ke tempat kerja, sudahkan mana yang patut. Hari Ahad akan berbuka dengan mertua.

Berbual dengan JH semasa sesama balik kerja tadi buatkan aku teringat dengan rakan-rakan seperjuangan yang dah lama aku tidak berjumpa.

Oh Ya.. teringat juga janji aku untuk beri sumbangan kepada Hidayah Centre masih belum ditunai...

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Selagi bernafas...

Bearcat berkata...

Banyaknya kereta IM...

Saya pun berniat untuk memberi kepada Hidayah Centre tapi asyik dok terlupa saja.

Mario berkata...

odit time2 puasa ni ...aduhai... letih

Puteri Kenari berkata...

keputusan yang baik.kereta sebuah sudah memadai kerana ianya adalah keperluan.

Daripada menyimpan hutang,biarlah kita memiliki apa adanya.Insyaallah, hidup kita akan selalu tenang.

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

salam Im,
semoga Allah terus beri kekuatan.

JR berkata...

Kalau keperluan hidup cuma memerlukan satu kereta, eloklah satu saja. Kecualilah suami isteri perlu dua kereta berbeza utk meneruskan kelangsungan hidup, terpaksalah juga memiliki lebih dari satu kereta...