Kekadang aku berasa malas nak menulis hal-hal peribadi ke dalam blog ini kerana aku tahu ramai dari kenalan aku membacanya. Dan ada yang membawanya sekalipun sekadar untuk berseloroh ke kalangan rakan-rakan semasa bersama.
Tapi aku tidak pandai menulis melainkan pengalam sendiri. Lagipun aku memang suka merakam kisah hidup ke dalam bentuk tulisan atau dengan kata lain sebagai oto biografi.
Dulu masa di sekolah menengah, aku suka menulis dairi. Hampir setiap hari aku akan menulis segala peristiwa yang berlaku. Ada masa terluang aku akan ulang membacanya semula. Bila aku berhijrah ke KL untuk sambung belajar Di IKM, dairi aku itu entah ke mana perginya, aku pun tak tahu.
Dairi tak sama dengan blog. Dairi adalah hak peribadi yang boleh aku simpan sendiri tanpa orang lain dapat membacanya. Akan tetapi blog terletak di langit terbuka. Aku tak dapat menyoroknya dari dibaca oleh orang ramai hatta kawan-kawanku sendiri.
Mujurlah anak-anak atau adik-adikku tidak minat membaca blog sekaligus tidak mengikuti apa yang aku selalu tulis ini.
Namun aku harap bila aku telah tiada nanti tergeraklah hati mereka untuk mengetahui apa yang telah aku tulis selama ini. Meraka akan dapat membaca apa yang telah aku lalui dan curahan perasaan aku selama ini.
Semua mereka tahu bahawa aku suka menulis dan mempunyai blog sendiri!
4 ulasan:
Teruskan berkarya walaupun sikap manusia berbaga; berseloro, mengutuk, menyokong, memuji, mengambil iktibar, berdiam diri dll.
Yang penting minat dan kepuasan ini dapat dikongsi oleh sesiapa yang berkehendak.
Setiap orang punya minat dan cara tersendiri dalm merakam perjalanan kehidupan..
Teruskan berkarya jika itu minat tuan...
Saya juga suka menulis sejak kecil. Masa masih belajar cerpen dan sajak pernah tersiar di akhbar mingguan (sebuah akhbar yang sekarang dah lebih 10 tahun saya boikot!). Masa kerja pula saya selalu dilantik secara tak rasmi menjadi penulis ucapan part time boss. Sekarang saya sedang menulis biografi catatan hidup sendiri untuk diwariskan kepada anak-anak. Semoga ia dapat disiapkan sebelum saya berangkat pergi....
tentu seronok nanti andai kita tiada, tulisan dan coretan kita menjadi tatapan anak cucu...
Catat Ulasan