Duyah yang diamanahkan oleh seluruh adik beradikku untuk menjaga mak yang lumpuh sebelah kiri menghantar sms bertalu-talu menyatakan kerisauannya yang mula berasa jemu menjaga mak, semalam.
Aku faham perasaan dia kerana rasa yang sama juga aku alami selama menjaga ibu_suri. Jemu, resah, tidak mempunyai ruang untuk bersendirian, tiada tempat untuk meluah perasaan yang tertekan dan segalanya.
Ini buatkan fikiran aku terketuk. Ya.. amat tidak adil kalau adikku yang seorang ini sahaja dibebankan dengan menjaga mak sedangkan aku dan adik-adik yang lain selesa bersantai dengan keluarga sendiri. Dia juga punya suami dan anak-anak untuk diurus. Bukan sehari, bukan juga sebulan tapi dah bertahun-tahun. Tentu saja dia rasa jemu dan cuak dengan tugasan panjang seperti tidak nampak hujung.
Aku terlebih lagi rasa bersalah. Aku anak lelaki... sulong pula tu. Akulah sepatutnya yang mengambil tugasan utama menjaga mak sebab mak telah menjaga aku lebih lama dari adik-adik semua.
Tapi aku juga.... aduh!
Aku akui, sejak ibu_suri sakit, aku cuma balik hari saja bila ke kampung. Selalunya bila Duyah bertanya... Yop tak tak tidur sini ke?... aku cuma geleng kepala yang berat.
Jenuh aku berfikir sejak semalam hingga saat ini. Kekadang aku berangan, kalaulah aku tidak ada tanggungan di sini, mau aku pindah duduk dengan mak. Biar akulah yang menjaga mak. Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari golongan ramai anak yang tidak mampu menjaga mak seorang sedang mak seorang mampu menjaga anak yang ramai.
9 ulasan:
semoga dipermudahahkan segala urusan IM sekeluarga.
Saya juga pernah dirasuki rasa yg sama sepanjang 4 tahun menjaga mak mentua. Kadang2 tertanya dalam hati: Mengapa anak-anak mak mentua sendiri tak mau menjaga ibu kandung mereka sendiri pada hal 2 daripadanya sudah pun berpencen? Tak kan mereka asyik melancong ke luar negara sampai tak ada masa melihat mak walau 6 bulan sekali pada hal jarak rumah cuma 5-10 km?
Tapi kemudian bila difikir balik saya rasa jaga mak mentua ini adalah anugerah terindah dari Allah kerana saya sendiri tak sempat berpeluang menjaga mak kandung saya dulu dan kini dia telah tiada lagi!
betul tu jr..perancangan ALLAH memang indah kan jr....ada hikmah disebalik ujian..
Moga Duyah didalam peliharaan Allah ...
berat mata membaca...berat lagi bahu memikul...
saya belum diuji sebegini...
Sdr Im,
Kita anak lelaki khususnya tiada pilihan kecuali mengutamakan ibu.
Siapa pun Tuan Guru yg kita tanya, itulah jawapannya.
Nasihat saya yg telah tiada lagi insan untuk dipanggil ibu, selaraskanlah yg lain supaya dapat berkhidmat kpd ibu sebelum beliau meninggalkan kita.
Ibu adalah lubuk syurga..
kenapa tak bergilir2...
dulukan ibu anda isyaallah yang lain Allah mudahkan...terlalu banyak masaalah dalam kehidupan kita sebenarnya kita terlupa apa yang patut diutamakan..
Catat Ulasan