Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

insaf

Terus terang aku katakan bahawa aku sebenarnya telah gagal mendisiplinkan diri dengan pemakanan oat setiap hari.

Tanak nasi bersama oat tidak praktikal kerana nasi cepat menjadi basi. Mengamalkan minum oat setiap pagi juga kini meloyakan tekak.

Kelmarin aku baru saja buang sebekas oat yang dah terlalu lama disimpan.

Apa yang aku masih bertahan ialah memakan roti berasaskan gandum penuh seperti jenama Mighty White dengan sapuan margerin berasaskan tumbuhan seperti jenama Natural. Setiap pagi sebelum keluar beriadah aku akan makan sekeping bersama teh pegaga HPA. Bila malam terasa lapar, aku akan makan biskut Quaker Oat.

Makan berpilih dan bersukat seperti ini buat aku insaf akan nikmat Tuhan yang semakin mengurang terhadap aku. Namun rontaan keteringinan  untuk makan roti canai, mi goreng atau nasi goreng ikan masin yang menjadi kegemaranku sejak dulu kekadang buat aku langgar juga pantangnya.

Namun aku percaya, walaupun kita sebenarnya masih boleh makan apa saja tapi mestilah dengan kadar yang just nice. Kemudian mesti di sulamkan dengan riadah yang istiqamah dan memakan atau meminum makanan yang boleh menyerap segala bahan lebihan dalam badan seperti oat.

13 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum im..nak tanya sikit..teh pegaga hpa tu rasanya sedap tak...payau tak...kotaknya leh tunjuk kan kat blog tak...terima kasih im

Bunda a.k.a KN berkata...

Assalam IM,

betul tu IM, bunda pun macam tu, sekarang ni makan pilih2..maklum usia dah menginjak senja...badan ni masih nak guna lama selagi nyawa dikandung badan..

Apa yang kita makan itulah kita..tapi dah lidah dan tekak melayu...kampong...kadang kala terlanggar jugak pantang larang pilihan makanan..

NzA berkata...

emmmm...makin meningkat usia mkin byk pantang yg kena amalkan......

iryanty ahamad berkata...

dah tengok..terima kasih im :-)) :-))

Areef Naim berkata...

salam,

betul tu sebenarnya kita blh mkn apa shj yg kita suka asalkan tdk berlebihan... bila berlebihan tu yg blh jd penyakit huhuhu... tp, mmg susah nak kawal nafsu ni huhuhu...

Hero Borneo berkata...

memang betul..kadang-kadang lari dari pantang dibolehlan sekali sekala...

kakyon berkata...

samalah dengan KY..minum oat sudah meloyakan.makan mcm biasa dn kurangkan kuantitinya saja..

Saniah Ahmad berkata...

Salam IM,,
anie ada buat entri pasal diet atkins,,apa tu atkins blh search kat tenet,, anie rasa IM pun boleh cuba dan tak menyusahkan pun,, entri berjadual pada 10 februari nanti,, boleh baca ye,, sama2 kita kongsi info pemakanan sihat,,

Sylarius Yusof berkata...

Setuju sangat dengan entri ni. Kita ni bila sihat, selalu je take for granted. Bila dah kena tarik nikmat tu, baru la kita tersedar.

Najib Ariyan berkata...

makan oat untuk apa? slim ker??

ada orang ajar saya... makan banyak2 kalau suka... tapi senam kena banyak2 walau tak suka... baru badan akan slim

JR berkata...

Antara makanan berkhasiat yg paling tak sedap ialah oat. Saya dulu memang hari2 makan oat tapi sekarang dah tinggalkannya - jemu! Lidah sambal belacan memang payah. Cuma satu saja disiplin yg masih saya kekalkan sampai kini - tak ambil dinner waktu malam, kalau lapar sangat kunyah sekeping rti oatmeal..

smbotak berkata...

sesekali takpe bang IM, bak kata orang `buat ubat'. mungkin ubat nak puaskan hati kot...

aizamia3 berkata...

Kebelakangan ni saya berusaha untuk kawal pemakanan sebab rasa tak selesa dan cepat mengah bila badan semakin mengembang ni. Nak pulak bila dah lama tak jogging.