Ahad, 24 Mei 2015

Bermandi Peluh


Hari ini aku riadah di Bukit DO. Ramainya orang. Mungkin kerana cuti hujung minggu agaknya.

Masa aku keluar tadi, ibu_suri masih tidur. Jadi, dapatlah aku santai sekejap melapangkan pemikiran sambil keluarkan peluh di sini.

Sini teduh berbanding di Kompleks MPSP. Pokok hijau menyejukkan pandangan. Sayangnya, kat sini ramai kaum Cina. Agaknya, pagi ini aku sorang aje bangsa Melayu.

Namun aku kagum dengan komuniti Cina ini. Walaupun tempat ini adalah tempat awam namun ada saja aku lihat individu yang rajin menyapu daun-daun kayu yang melatari jalan. Aku percaya ianya dibuat secara sukarela. Bersilih ganti mereka menyapu. Aku sempat mengucap terima kaasih kepada salah seorang dari mereka tatkala tercembung. Senyum mereka memandang wajah aku. Senyum yang manis tanda keikhlasan.

Ada juga yang ambil kesempatan menjual buah-buahan. Sebelum ini aku ada melihat mereka menjual barangan kesihatan. 

Golongan warga emas akan duduk di pondok rehat sambil berbual sesama sendiri. Aku yang dah lama bergaul dengan bangsa Cina semasa bekerja dulu tahu jugalah sesikit apa yang mereka perbualkan dalam bahasa Hokkien.

Selain dari teduh, trek yang berbukit juga buatkan aku cepat berpeluh. hari ini aku tak memilih trek bertangga sebab lutut terasa tidak kuat untuk mendaki apatah lagi jika meneruni tangga. Aku lebih selesa mendaki gon.

Selepas penat riadah aku dudk sekejap di kerusi berdekatan bilik air. Beberapa ekor anjing datang ke arah aku. Aku cuba bersikap positif terhadap kedatangan anjing ini.

"Maaflah, aku tak ada makanan nak bagi kamu makan. carilah tempat lain."

Duduk sekejap anjing itu memandang aku. Kemudian dia berpatah semula kepada kelompoknya. Datang pula yang lain. Aku bercakap perkara yang sama. Bagi aku, anjing adalah makhlok Tuhan juga.

Apapun, riadah hari ini memang best. Balik dari riadah aku sambung pula dengan menyapu sampah depan rumah serta mencuci longkang yang dipenuhi rumput. 

Pendekkata, aku bermandi peluhlah hari ini. Walaupun aku tahu ibu_suri pasti akan 'marah' kerana tidak membawa dia bersama tadi, sabar dan diam ajelah.... 

6 ulasan:

Bearcat berkata...

Bestnya IM dpt beriadah. Saya ni lama pulak terhenti riadahnya atas alasan sibuk mmm...

iryantyismail berkata...

asalamualaikum im...yan dah tak dapat riadah seperti nie lagi..sejak sakit lutut nie :-((

Murni Alysa berkata...

Bestnya bermandi peluh..keluar hbs toksin dalam badan..

Ibu n Abah berkata...

Baguslaa IM dpt meluangkan masa begitu.
IM mmg perlukan masa sendirian sebentar untuk melapangkan fikiran dan mengeluarkan peluh.

Nor Azimah Ali berkata...

Santai sambil beriadah...fikiran jadi tenang, badan pun jadi sihat, Alhamdulillah

ANIM berkata...

haha...saya pun 2x5 dengan IM..
suka bercakap dengan haiwan..
sebab saya rasa dia faham kan..kan..