Halaman

Sabtu, 23 Mei 2015

Orang-Orang Terkucil


Aku memang peminat tegar Ebiet G Ade. Menggilai lagu-lagu puisinya semenjak belajar di Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur sekitar tahun 1981. Pelatih dari Sabah dan Serawak selalu memutarkan keset lagu-lagu Ebiet lepas balik kuliah.

Semalam aku terima pesanan cd Ebiet melalui pos. Wah, bukan kepalang gembiranya aku; terus buka dan memutarkannya di pemain cakera kereta. Sambil bernyanyi, sambil memandu menghala ke rumah mertuaku. Lupa sekejap lelah dan semak di kepala.

Itu saja catatanku hari ini. Jom dengar salah satu dari lagu Ebiet  kat sini .....

5 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum im...bila hati senang perjalanan sukar pun jadi mudah....

senyum sikit im...:-))

SalbiahM berkata...

lama rasanya tak dengar pasal orang yang sanggup membeli CD original.tahulah sekarang ni zaman download

insan marhaen berkata...

salbiah M,

saya suka mendengar lagu yang punyai kualiti musik dan suara. download selalunya tak best kualitinya kecuali yang berbayar juga.

lagipun saya suka dengar lagu mengikut siri album...

JR berkata...

Saya juga suka lagu Ebiet, seperti sukanya saya terhadap puisi Rendra kerana kedua-duanya menghasilkan karya yang mempunyai rima kemanusiaan yang tinggi. Kalau di Malaysia saya sula lagu Harmoni, Kopratasa, Ramli Sarip, M.Nasir. Paling benci dengan lagu cinta murahan yg banyak berkumandang di radio sekarang....

Tanpa Nama berkata...

tak dengar lagu ... hehe.. tak de radio.