Halaman

Sabtu, 16 Mei 2015

Sahabat Akrab


Tadi pagi aku sempat berjumpa dengan sahabat akrab semasa belajar di Institut kemahiran MARA, Kuala Lumpur tahun '81~'82 di Hotel Pearl View, Perai. Dia datang dari Melaka ke sini atas urusan kerja.

Tentu saja seronok berbual kisah-kisah lama. Kisah semasa mengintai anak dara tuan rumah sewa semasa mandi, kisah memasak kat dapur untuk makan tengahari, kisah beli komponen elektronik di Jalan Pasar, Kuala Lumpur dan berbagai lagi.

Dah 30 tahun lebih tak berjumpa. Sekarang dia dah punyai anak belasan orang. Huu... jauh beza dengan jumlah anak aku. Kerjanya juga agak lain dari yang lain.... membuat pemeriksaan air kencing kepada krew kapal yang berlabuh di Malaysia... Menarik kan!

Sahabat aku ini - Abdul Aziz - punyalah akrab dengan aku hinggakan aku selalu tidur di katilnya semasa masih menginap di hostel. Aku selalu pergi ke rumahnya di Bandar Melaka. Kenal dengan keluarganya. Kenal dengan makwenya masa itu. Sayangnya, bercinta bagai nak rak dengan orang lain, aleh-aleh bila aku dapat kad jemputan kahwin, nama bakal isterinya yang tertulis ialah nama orang lain. Hot juga aku masa tu.... 

Apapun, itu dulu. Kini kami dah menginjak usia retro. Kami bertemu dalam suasana ketawa dan nostalgia.

Dia sendiri pun kagum bila tahu apa yang aku lalui sekarang ini. Ujarnya, isteri aku bertuah kerana memiliki aku yang kental dan setia menjaganya. Hu....hu...

7 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

indah,kan..bila bertemu sahabat lama..saling bercerita kisah2 lampau yg telah jadi kenangan..

Sham berkata...

Ooo nakal gak IM dulu ek...kikiki...

Tanpa Nama berkata...

Ngintai??? :o

JR berkata...

Ngintai anak dara mandi??? Hahahaha..tiba2 teringat cerita zaman muda, pengalaman lebih kurang begitu ada juga. Tapi saya (bukan nak puji diri) tak pernah terlibat buat kerja mengintai, bukan kerana sebab takut dosa tapi takut tertangkap basah!

aTieYusof Family berkata...

hahaha boleh tahan nakal jg masa muda dulu ye bang.. kisah dulu2 klu dikenang pasti ketawa... alhamdulillah dpt berjumpa setelah sekian lama..seronok..

iryanty ahamad berkata...

yan tak punya kawan akrab :-)) tapi punya kawan yang istimew

SalbiahM berkata...

nakal jugak ek masa muda-muda dulu..hehe.mesti seronok mengenang nostalgia 80-an dengan kawan lama.