Isnin, 18 Mei 2015

Sakit Kepala


Sejak pagi aku sakit kepala. Mungkin agaknya disebabkan dua tiga hari ini aku tidur lewat.

Jam 11 pagi, aku dah berada di rumah jiran yang menjemput untuk majlis kenduri doa selamat. Dulu, aku cukup segan nak pergi awal. Tunggu jiran-jiran yang aku biasa berbual sampai di sana dahulu, barulah aku berjalan pergi. Namun sekarang sebaliknya. Aku lebih suka pergi awal dan menunggu orang lain datang.

Ramai yang datang. Kebanyakannya geng masjid. Tuan rumah pun memang kaki masjid. Aku pula semenjak tak bekerja ini, kerap ke masjid membuatkan tidak ada rasa canggung bergaul dengan mereka. Malah terasa begitu mesra dan punyai kebersamaan. Seronokkan kalau punyai masyarakat yang saling hormat menghormati dan ramah mesra walaupun ada antaranya berbeza ideologi politik. Permatang Pauh.... tau ajelah... memang panass....

Aku sebolehnya mahu selalu bersembahyang di masjid. Tapi selalu jugalah ibu_suri merengek minta aku sembahyang saja di rumah. Ujarku, lelaki dituntut untuk selalu ke masjid sedangkan perempuan lebih baik sembahyang di rumah. Kekadang, bila malas nak berdebat, aku ajak dia pergi sama. Dia akan bersembahyang di dalam kereta sementara aku masuk ke dalam berjamaah.

Emosi ibu_suri yang tak menentu memang susah nak di layan jika tidak ada cukup pengalaman saikologi, kekuatan kesabaran dan kebijaksanaan memberi alasan. Bukan sahaja ke masjid;  ke usrah, ke ceramah agama malah kekadang nak balik kampung tengok mak pun, boleh kecil hati dibuatnya jika kita tak kawal diri dan turut beremosional dan melatah tak tentu hala dengan kerenah ibu_suri. Siapa yang tak kecil hati kalau mak dan adik beradik kita dikata dengan bermacam-macam apatah lagi oleh pasangan hidup kita sendiri, kan!

Tapi itulah hakikatnya. Hakikat yang kekadang buat aku rasa lelah, letih dan jauh hati. Yang kekadang buat aku tidur seharian atau mencuri kesempatan keluar memandu sendirian menagih ketenteraman diri di waktu tengahmalam, bilamana ibu_suri tidur lena di bilik.

Sampai bila kesabaran ini bertahan dan sampai bila keadaan ini berlarutan, Tuhan sahaja yang mengetahui. Itu tidak lagi dicampur dengan perangai Akhmal yang aku rasa seperti pasir di gurun yang tak akan basah walaupun ditimpa hujan....

10 ulasan:

mrhanafi berkata...

hidup pasti diuji..

kesabaran perlu ditingkatkan dari hari ke sehari..

AtieYusof berkata...

InsyaAllah berkat kesabaran pasti membawa ketenangan nti..
Alhamdulillah boleh bergaul dengan ramai orang tu tanda kita diterima baik..
*Kurang minum air putih jg boleh menyebabkan sakit kepala...*

Bunda_nora berkata...

Kalau kurang tidur biasanya memang sakit kepala...

Ibu n Abah berkata...

Muga IM terus tabah.
ALLAH Maha Mengetahui IM tabah maka diduganya IM.
Ganjaran syurga menanti..
Sbb bukan semua org mampu diuji begini rupa.

JR berkata...

Bila di awal perkahwinan kita telah berjanji dengan pasangan untuk pertahankan perkahwinan ini, kita akan terus pertahankan walau dilanda ribut topan. Apa yang IM coretkan sebahagiannya sangat saya fahami, saya juga ada sedikit pengalaman walau dari dimensi yang berbeza, namun nak berkongsi keterkilanan itu dengan orang lain malu pulak rasanya....

pB berkata...

setiap hari ...
setiap jam ...
setiap minit ...
setiap saat ....


insyaallah , Allah memberi ganjaran yang hebat buat IM

Tanpa Nama berkata...

salam,

setiap kali berdepan dengan tngkah laku orang sakit seperti isteri, jangan dilayan ego diri.

ingatkan iq dia dah jadi keanak anakan, so ber sabar. Ingat jgn digaduhkan dengan orang sakit akal dan jiwanya..

kalau angin orang gila jangan dilayan dan di ambil hati.. kalau di ambil hati memang gila..

Jangan di teliti kata kata dan tingkah lakunya.. sudah di sahkan dirinya yang kurang siuman.
orang yg berakal dan siuman tidak perlu mengambil hati terhadap kata katanya...

ingat la..
saya yg dah jadi cacat dan besar ni bila org ahli keluarga kawan rapat tiba tiba cakap bodoh seolah olah masalah fizikal adalah sajaa ....aja. tanpa mengambil factor yg menyebabnya adalah kemalangan yg hamper menncabut nyawa...

bila saya sound salah seorang dari mereka dia boleh naik agresif,,,Nampak sgt tak siuman

Tanpa Nama berkata...

anda perlu berdoa setiap waktu diberi kekuatan ketakwaan dan petunjuk menghadapi cabaran ini... dekatkan diri pada Allah swt jauhkan masalah dunia dan politik...

insan marhaen berkata...

tanpa nama,

kata-kata tuan seperti satu renjatan ke atas diri saya.

terima kasih atas renjatan itu yang mengejutkan saya dari lamunan...

SalbiahM berkata...

orang sakit memang begitu.emosi turun naik sebab dia rasa dirinya tak berguna dan menyusahkan orang. memang susah nak sabar, tapi besar ganjarannya nanti untuk orang-orang yang Dia dah pilih untuk uji