Halaman

Sabtu, 13 Jun 2015

Hakikat

Aku dah mula terasa pancit dalam keselaluan berulang dari rumah ke Penang menjenguk abah. Pagi atau tengahari pergi, tengahmalam baru balik. Masuk hari ini, dah 11 hari aku begitu.

Mulanya, aku bercadang untuk rehat sekejap di rumah barang 2 hari ini. Kemas rumah dan selesaikan banyak kerja yang tertunggak seperti bayar bil, pos barangan melalui Pos Laju dan dapatkan dokumen tertentu Akhmal dari pejabat berkaitan.

Along pula sekonyong-konyongnya alik dinihari tadi. Balik dari rumah abah mertua, aku tunggu Along di Penang Sentral. Dari jam 1 hinggalah jam 3 pagi, baru bas ekpres itu sampai.

Maknanya, sat lagi, aku kena juga bawa Along jengok abah dan mak.

Terfikir aku, cuma baru 11 hari, aku dah rasa letih. Belum sebulan. Belum setahun tu...

Namun hakikatnya, memang aku berasa letih dan perlu rehat sekejap. Tolaklah kos tol dan petrol, kepedulian terhadap kesihatan diri dan ibu_suri juga perlu diambil kira.

Kaki ibu,_suri juga membengkak dek lama sangay duduk di kerusi selama menjaga abah.

Biarlah ahli keluarga abah yang lain ambil peranan sekejap. Walaupun mereka amat rapuh dalam ertikata membina kesepakatan keluarga namun ini adalah hakikat.

Hujung minggu selalunya ramai yang cuti bekerja. Anak abah ada 9 orang dengan puluhan cucu dan cicit. Keluarga besar tu...

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

biarlah jasa dipandang sepi..biarlah khidmat seolah tidak dihargai...namun IM telah berusaha memberi yg terbaik utk bapa mertua..

Murniwati Awang berkata...

itulah orang kata..ibu bapa boleh jaga 10 anak..belum tentu 10org anak boleh jg ibu bapa..maka ganjaran yg amat besar kalau anak berbakti pd ibu bapa..semoga IM terus tabah dan diberi kesihatan serta kekuatan..Aamiiin!

JR berkata...

Ibu bapa boleh jaga 9 anak, 9 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu atau bapa, tapi seorang menantu mampu melakukan semua yang anak-anak lain tak mampu lakukan terhadap ibu bapa kandung mereka. Yang lucunya (pengalaman saya sendiri)ada anak yang bergelar ustaz dan selalu nasihatkan orang tentang agama tapi tak mampu menasihati diri sendiri untuk berbuat baik terhadap ibu bapa kandungnya sendiri. Malangnya....

ANIM berkata...

hakikatnya...realiti IM..
syurga depan mata tak sanggup digapai..
kesusahan semntara yang dirasai..
moga Allah beri saya kekuatan spt IM andai diuji begini

makchaq berkata...

Jaga orang sakit perlu komitmen tinggi.. kadang2 anak sendiri pun tak sanggup.. hang tolak kat aku.. aku tolak kat hang..anak ramai tak semes5inya menjamin apa-apa..
Semoga IM terus diberi kesihatan dan kekuatan.. tak dapat jaga mak sendiri jaga mertua pun insyaAllah sama ganjarannya..



iryanty ahamad berkata...

kuatkan semangat im :-))