Halaman

Isnin, 8 Jun 2015

Jikalau Tak Boleh Menjadi Penawar

Hari ini lengkap seminggu abah di wad. Bermakna dah seminggu juga saya menunggu abah sepanjang siang.

Tak terasa masa berlalu. Tengah malam baru balik rumah selepas orang ganti datang untuk 'pass the baton'. Esok pagi datang balik. Bila sampai rumah... boomm...

Tak apalah kan... Demi niat ikhlas nak menjaga abah walaupun sekadaf taraf mertua.

Cuma yang sedapnya, ada pulak suara-suara kurang enak mengkririk cara saya dan beberapa anak saudara mengurus syif sesiapa yang nak jaga abah.

'Uh... Kalau tak boleh jadi penawar, janganlah jadi racun'

Bukan orang lain tu. Adik beradik sendiri.

Aku rasa bersyukur sebab insiden seperti ini tidak terjadi di kalangan adik beradikku dalam menjaga mak yang separuh lumpuh di kampng.

3 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

Betul tu..perkara yang sama juga pernah berlaku depan mata yan..kadangkala tu siap pakej dengan batu api...

ANIM berkata...

itulah manusia IM. kebaikan yang dilakukan pun tak disenangi apatah lagi keburukan. tak pelah...pekakkan telinga saja..

JR berkata...

Saya pun pernah jadi macam tu, jaga aruah bapa mentua, tapi macam tak dihargai oleh abang2 ipar lelaki. Seperti kata IM kalau mereka tak nak jadi penawar, enggan jaga bapa kandung sendiri, janganlah disindir menantu yang korbankan masa bercuti untuk jaga mentuanya....