Isnin, 15 Jun 2015

Manja


Semalam, anak kepada arwah adikku - Niza (foto - kiri), mendaftar diri di Politeknik Seberang Perai. Aku sebagai bapa saudara yang paling tua dan tinggal dekat pula dengan Permatang Pauh tentulah selayaknya merai kehadiran dia di kawasan parlimen yang sentiasa 'panas' ini.

Nama timangannya - Manja. Aku taklah rapid sangat dengan anak-anak Niza ni sebab ramainya perempuan.

Dia ambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Mendapat rakan sebilik yang aku kira boleh dijadikan sahabat; berasal dari Bertam.

'Kita boleh jadikan semua orang sebagai kawan tapi untuk menjadikan ianya sebagai sahabat,  carilah orang yang baik akhlaknya.'

Itulah satu-satunya pesan aku kepada Manja.

Aku memang cukup bimbang dengan perkembangan senario akhlak anak-anak remaja Islam di sini sekarang ini. Ramainya dah jadi cacamerba.

Mungkin benar kata-kata Dr MAZA yang aku terbaca tadi bahawa;

'Mungkin keberkatan dari Allah sudah semakin hilang dari bumi kita ini!'

4 ulasan:

mokja berkata...

dekat dgn kondo yg anak cikson diami dulu..Hati hati kat situ sbb charlie.Semoga anak saudara IM berjaya mengharungi kehidupan sebagai pelajar.Kejayaan bersamanya.Saya pun turut sama bimbang gejala gejala masakini yg anak anak kita terpaksa menghadapi...)

Kamsiah yusoff berkata...

selamat menempuh alam baru utk Manja..semoga dapat menyesuaikan diri dgn suasana baru

JR berkata...

Semua dia akan cemerlang dalam pendidikannya dan dapat mengimbangi kejayaan antara ilmu dunia dan akhirat...

SalbiahM berkata...

selamat menempuh alam baru Manja..hati-hati dalam memilih kawan.semoga berjay dunia akhirat