Khamis, 18 Jun 2015

Nombor siapa?

Beberapa hari ini aku kerap dapat miscall dari nombor ini - 03  78824341. Bila aku return call, tak berjawab.

Aku sememangnya sedang menunggu panggilan dari sesaorang, jadi tidaklah mengesyakki apa-apa yang tidak baik. Tapi musykil juga sebab panggilan ini menggunakan nombor talipon rumah/pejabat sedangkan rata-rata orang sekarang guna talipon bimbit.

Aku pun cuba googgle no ini. Ternyata memeranjatkan dan merisaukan aku.

Aku tak pasti kenapa dia call dan bagaimana dia boleh dapat nombot aku.

Nak blok nombor dia dari masuk ke talipon aku pun aku bukan reti sangat...

Entah apalah yang dia buat kat talipon aku ni..

4 ulasan:

iryantyismail berkata...

asalamaualaikum im....

pi kedai hp lah im..minta tolong diaorang sekat no tel tu

SalbiahM berkata...

saya pun try google nombor ni..takut scammer je Encik IM.so baik abaikan je.semoga Allah lindungi dari yang buruk-buruk

Kamsiah yusoff berkata...

hari ni saya jugak dapat panggilan dari no tak dikenali...3 kali call..saya terus block no tu...

aizamia3 berkata...

Sekarang saya jarang nak angkat call atas no yang saya tak kenali..