Halaman

Rabu, 17 Jun 2015

Ramadhan Ini


Dah nak masuk Ramadhan.

Terasa cepat benar masa berlalu. Ramadhan adalah bulan di mana aku menerima tawaran MSS dulu. Maknanya, hampir setahun dah aku tak bekerja.

Ini akan menjadi pengalaman pertama aku menjalani ibadah puasa di rumah sahaja. Tak dapat aku bayangkan. Lain juga berpuasa masa kerja dengan tanpa kerja. Selalunya, di hari-hari awal bulan puasa, aku seakan mahu tewas menahan pedih perut yang kosong.

Aku harap aku takkan habiskan banyak masa dengan tidur sebaliknya isi dengan ibadah yang walaupun sedikit tapi ikhlas dan rendah diri.

Aku pun sebenarnya tak perasan esok bermulanya puasa hinggalah ibu_suri memberitahu malam ini aku kena pergi bertarawikh.

Aku menulis blog ini di Klinik Kubang Semang... sementara menunggu giliran ibu_suri berjumpa dengan doktor pakar - Azlina.

Nampaknya, selepas aku tengok mertua selepas ini, aku kena tengok-tengok dapur. Bersihkan dan 'top up' barangan runcit. Aku berazam untuk berbuka dan sahur ala kadar sahaja.

Lebih tumpukan pada ibadah. Aku harap ibu_suri juga begitu. Muga Ramadhan ini dapat menambahbaik kesihatan dan amalan kami!

7 ulasan:

shaliza berkata...

Salam Ramadhan...semoga diberi kesihatan yang baik untuk Pak IM

❤Kamsiah❤ berkata...

selamat berpuasa dari saya sekeluarga...semoga amalan kita diterima..

iryanty ahamad berkata...

selamat berpuasa im :-))

JR berkata...

Salam Ramadhan IM. Saya juga seperti IM berbuka cara paling simple. Tak perlu ke Bazaar Ramadhan, cukup dengan masak sendiri, lebih sihat lebih jimat...

Nor Azimah berkata...

Salam ramadhan im...semoga dipermudahkan semuanya.

Yaya Azura berkata...

selamat berpuasa buat IM dan ibu_suri
Insya Allah Ramadhan kali ini penuh makna dan keberkatan buat kita..

SalbiahM berkata...

semoga dapat menempuh Ramadhan dengan jayanya buat IM dan ibu suri