Selasa, 2 Jun 2015

Seorang Abah


Dapat panggilan talipon dari anak saudara - Liza, abah mertua terjatuh di bilik subuh tadi.

Seperti yang aku tulis sebelum ini, jumaat lepas abah demam. Aku nasihatkan dia solat Zohor saja di rumah atas sebab keselamatan diri.

Abah aku dah tua. Hampir 90 tahun usianya. Tapi dia seorang yang berhati keras. Agaknya kesan dari kerjanya dulu sebagai SC di zaman penjajahan orang putih.

Nak dibawa ke hospital, dia tak mahu. Aku katakan pada anak saudaraku,  cuba pujuk untuk ke Hospital Lam Wah Ee. Anak cucu dia ramai. Tentu boleh bantu sorang sikit untuk bil perubatan. Lagipun, LWE taklah mahal macam Hospital Pantai sebab LWE lebih berkonsepkan hospital kebajikan. Penderma paling banyak untuk membina hospital ni dulu ialah Boon Siew.

Jumaat aritu, dalam demam, abah terpaksa pergi juga ke Johor menaiki bas sewa khas. Berpapah papah aku bawa dia menaiki tangga bas. Memang ketara lemah tenaganya. Tapi dek semuanya telah dirancang dia gagahkan diri.

Agaknya, balik dari sana, kesihatannya makin merudum. Orang tua biasalah... lambat kebah.

Beriya-iya ibu_suri suruh aku ke rumah abah. Minta aku pujuk abah ke hospital. Pendekatan aku ni selalunya lembut sikit kerana aku berpegang pada konsep bahawa batu boleh dilekukkan dengan titisan air... bukan dengan penukul.

Tapi tu la.... ibu_suri pun sejak malam tadi tak boleh tidur. Memang kekadang dia didatangi insomia.

Tengoklah tu... dalam dok tulis, dia dah berdengkur!

Namun... hati kecil aku berbisik... Eloklah aku pergi tengok abah walaupun sebenarnya disamping ibu_suri perlu tidur; aku juga sedang menunggu satu urusan lain yang tak kurang mustahaknya untuk diselesaikan.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Macam-macam yg menerjah fikiran IM dlm satu masa
Kena tangani satu-satu dgn sabar dan tenang
Moga abah cepat sembuh... dah tua tu lebih kurang usia bapak kakak.

Kamsiah yusoff berkata...

semoga kesihatan bapa tak melarat2...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga segala urusan dipermudahkanNya

Nor Azimah Ali berkata...

Berat mata memandang, berat perasaan membaca, berat lagi bahu memikul

Tanpa Nama berkata...

salam

jangan kasi mak surinya tido siang hari lama sangat. Kalau boleh biar dia renyah siang hari... jln exercise.
Lagi satu kena terang dengan lembut jika boleh dan tidak boleh. Seperti menerangkan pada anak anak yang innocent. Tapi dengan nada yang lembut. Kalau dia berdegil cakap elok elok sebut janganlah bantah atau degil. Sementara IM masih sehat dan hidup lagi. Esok jika IM tiada susah nanti.