Khamis, 9 Julai 2015

Dah Nak Raya...

Ari ni dah Khamis. Seminggu lagi nak Raya. Aku... ntah kenapa tak rasa macam nak raya. Rasa macam hari-hari biasa puasa.

Memang jiwa agak kosong sekarang ini. Tak rasa seri macam jiran-jiran yang nampak sibuk buat kuih raya.

"Awak tak perlu kalut-kalut nak pesan kuih raya kat sesapa hatta menantu sendiri. Tak mau susahkan orang. Kita beli jer... Abang nanti cari kat stesyen minyak. Selalunya ada jual. Rasa pun okey. Mahal sikit takpa.

Yang jual kat tepi jalan tu memang murah tapi rasanya ntah apa-apa..."

"Kita beli 3~4 jenis/balang saja dah cukup. Tambah 1~2 dengan maruku atau kacang. Rumah kita pun bukan sapa sangat nak datang. Habih kuat... budak-budak ntah dari mana yang nak beraya untuk duit raya..."

Feveret aku ialah lemang dan rendang. Dah ada bunga-bunga dari mulut ibu_suri suruh buat ayam golek seperti yang dia pernah buat semasa belum di serang stroke dulu. Masa tu pun, oven dapur aku masih okey lagi. Aku cantas siap-siap idea tu. 

Ada cadangan dari kakak ipar nak buat family gathering  di hari terakhir puasa di rumah abah mertua. 

"Kalau betul jadi nanti, abang nak awal-awal kita dah siap rumah. Habis buka puasa kat rumah abah tu nanti kita boleh balik dan terus tidur supaya esok bangun pagi, fresh untuk beraya. Tak mau macam sebelum sebelum ini. Pukul tiga empat pagi dok bersilat kat dapur. Aper cerrr..."

Ntahlah... Kekadang sedih aku fikirkan. Akhir-akhir puasa ni sepatutnya kita berpesta ibadah tapi sebaliknya kita bergelut dengan persiapan raya. Susah juga nak ubahkan tabiat ni...

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik memang tak pernah buat kuih raya. Dah bersara ni menempah pun tidak....

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik memang tak pernah buat kuih raya. Dah bersara ni menempah pun tidak....

Kamsiah yusoff berkata...

saya takde langsung mmod nak beraya..baju raya pun dah 2,3 th tak beli..

Nor Azimah Ali berkata...

Saya semenjak arwah ma tkde raya tk bawa makna apa dah, tambah sekarang mak mentua pun dh tak sihat, sedih sbb tkde tempat nk tuju, kesiankan ank2 yg nk beraya..hu hu..
Mgkn menghala ke usia senja ni raya pun makin tk bererti kot im..

iBu...gUru berkata...

Selamat berpuasa dan selamat hari raya ..

Tanpa Nama berkata...

cantik abang IM punya header tu, tulisan 'ramadhan kareem".

kebiasaannya kat tempat saya dulu, malam raya akan ada jualan murah untuk kuih raya (dan baju raya). kalau tak sempat siapkan awal-awal, boleh jugak tengok-tengok.

iryantyismail berkata...

yan buat sendiri aje biskut raya...beli hanya kekacang je