Jumaat, 10 Julai 2015

Hari Raya Pertama

Aku masih gagal mengawal makan ketika berbuka mahupun sahur. Sesudah makan aku terasa perut tak selesa kerana penuh. Semua ini gara-gara sayangkan makanan yang berbaki serta tak mahu membazir.

Aku harap sahur sat lagi, aku akan berjaya makan se adanya. Aku beli lauk dan masak nasi pun sekadar cukup untuk Akhmal dan ibu_suri sahaja. Bahagian aku nanti, kalau ada lebihan mereka aku makanlah bagi perabis. Kalau tak ada, aku makan kurma dan biskut cecah Alitea ajelah!

Orang lain selalunya hujung Ramadhan badan tampak susut tapi sebaliknya saiz aku rasanya... kekal sama. 

Minggu depan adalah minggu terakhir puasa. Masih banyak kerja yang belum selesai. Beberapa hari ini aku dok ligan nak langsaikan semua hutang kereta, rumah dan kawan-kawan.

Lepas Raya, aku mula nak fikirkan bagaimana cara untuk dapatkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian di masa depan. Aku tak boleh nak harapkan rezeki dari anak-anak. Juga nak harapkan simpati ibu_suri supaya berdikit dalam berbelanja harian. Kekangan dari ibu_suri melarang aku bekerja dan mahu aku 100 peratus menjaga dia buatkan aku terpaksa banyak berfikir.

Aku akan balik kampung beraya dengan mak di Raya kedua dan ketiga. Tetapi sebaliknya Angah dan keluarga mahu balik kampung 2 hari sebelum raya. Katanya, dia nak merasa suasana masak lemang di kampung.

Tidakkah dia tahu bahawa aku usaha lewatkan balik kampung kerana mahu bersama dengan semua anak-anak dan cucuku di rumahku? Habis, kalau dah dia balik beraya di kampung, aku dan ibu_suri terkonteng-kontenglah beraya sorang-sorang di rumah ini?

Aku tak komen apapun bila Angah beritahu rancangannya itu. Aku tak mahu kacau pelan hari rayanya. Dia sepatutnya belajar untuk faham sendirilah. 

Mungkin, beginilah perasaan mak aku di kampung bilamana aku - anaknya yang sulong, tidak ada di sisinya pada Hari raya pertama nanti?

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pula tak kisah anak menantu hendak beraya di mana dulu. Terpulang kepada mereka....

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pula tak kisah anak menantu hendak beraya di mana dulu. Terpulang kepada mereka....

Ibu n Abah berkata...

Akak sejak suami menjabat tgn tokkadi.. Akak dah sign mati setem akan beraya dirumah mertua....
Jdnya tiada cerita nak beraya dimana...

saniahibrahim berkata...

IM masih beruntung masih boleh beraya dengan mak wlpun hariraya keberapa pun .sya ni mertua dan mak ayah sendiri dah takde,kami sambut anak beranak aje sambil tunggu adik2 beradik datang berraya.

iryantyismail berkata...

kalau yan mak mertua dah tak ada...memang balik umah mak abah..lagipun yan anak perempuan sorang...tu yang kena bantu mak
:-))

aizamia3 berkata...

Mesti mak saya terasa hati dengan saya bila saya tak beraya dulu dengan beliau.. huhuhu.. :(

Nor Azimah Ali berkata...

Im, takleh baca, kt tab ni jadi biru sangatla lamannya...

insan marhaen berkata...

Nor Azimah,
TK kerana maklumbalas. Dah tukar gambarlatar belakang kepada yang lebih terang.

Sue Bee berkata...

Serba salah la pulak jadiknya,kan