Along ada balik semalam dari Kepong. Katanya, nak berbuka dan bersahur dengan ayah dan ibu sebelum menjelang Raya. Yang paling gembira tentu saja ibu_suri. Beriya-iya dia peringat aku semalam supaya jangan lewat ambil Along di Penang Sentral, Butterworth.
Tapi tidak pada aku. Hati aku masih resah tak menentu walaupun aku tahu resah ini tak berpenghujung.
Dah hampir seminggu tak jenguk mertua di Taman Buah Pala. Tak tahu bagaimana keadaan mereka di sana. Aku harap, baik-baik saja. Bila Along balik ni, tentu ibu_suri akan ajak aku bawa dia ke sana. Memang, aku selalu peringatkan mereka; jangan lupa untuk selalu ziarah nenek, maktok atau opah di kampung. Jangan lupa selalu ziarah bapa dan mak saudara. Semua ini adalah pesanan turun temurun dari mak kepada aku juga dulu. Mak selalu pesan, kalau aku balik ke Kampung Slim, mesti pergi rumah opah dulu. Kemudian baru ke rumah saudara yang lain. Pesan yang sama aku tanamkan ke jiwa anak-anak aku supaya mereka tahu untuk menghargai orang-orang yang lebih tua dari mereka.
Puasa kali ini memang aku kalah. Longlai dalam usaha mengemas rumah mahupun untuk istiqamah ke masjid. Yalah... bila seketul darah di dalam tidak lagi tenteram, pastinya memberi kesan kepada fizikal luaran.
Khutbah Jumaat semalam oleh Tuan Guru Sidek Nor berkisar tentang Quran sebagai teman hidup semasa di dunia, di dalam kubur dan di akhirat. Katanya, kalau di dunia lagi kita malas nak baca Quran, macam mana kita nak jawap bila malaikat soal - siapa imam kamu di alam barzakh nanti? Surat khabar boleh kamu baca dari muka depan hingga muka belakang setiap hari tapi Quran?
Memang dah agak lama aku tak tatap Quranku ini. Aku juga tidak mahu menjadikan suasana di dalam rumahku persis sebuah kubur!
5 ulasan:
puasa kali nie pun yan rasa tak buat kerja rumah sangat...cuaca terlalu panas...letih aje badannya...
moga tabah melalui hari2 yang mencabar.Saya dan suami juga dah pernah melalui berbagai dugaan apatah lagi anak2 ketika itu masih kecil....perit rasanya...namun kini semua dah berlalu ,...Allah akan beri ganjaran apa yang kita pernah lalui....kami cukup tenang dan bahagia kini.
.
saya teringat perbualan di radio ikim setahun lalu..
cerita seseorang yg dapat hafal quran dalam masa singkat..
dia bukan dr aliran agama, belajar baca quran asalnya sebab malu bila kena jadi khalifah masa baca yasin di luar negeri kalau tak silap...
bila ditanya pendengar radio, macamana nak istiqamah baca quran..
jawapnya ada doa yang diajar tok gurunya yg membuatkan saya pun memasang telinga nak mengikut/hafal..
jawapannya.."Allahumma paksa...". Mula2 pelik juga dan akhirnya juruhebah dan saya sendiri tertawa,,
IM...kita memang kena paksakan diri..wallahua'alam
Wlpun bc satu ayt sehari pun sdh memadai kan ?
Mesti ibu_suri happ sangat-sangat bila dapat jumpa along ....selamat berpuasa...
Catat Ulasan